• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda setuju kalau YouTube hadkan resolusi 4K untuk pelanggan Premium?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:36 pm
  • 03/10/2022
  • Komen
Anda setuju kalau YouTube hadkan resolusi 4K untuk pelanggan Premium?
Share on FacebookShare on Twitter

YouTube nampaknya bersungguh-sungguh ingin pengguna melanggan YouTube Premium mereka. Pertengahan September 2022 lalu, kami ada laporkan yang YouTube sedang menguji penayangan 5 iklan sekali gus kepada pengguna semasa menonton video.

Kini mereka menguji satu lagi inisiatif iaitu mengehadkan resolusi 4K kepada pelangga Premium sahaja. Ada pengguna yang berkongsikan tangkap layar APP YouTube iOS yang menunjukkan di perlu naik taraf ke Premium unutk menonton dalam resolusi 2160p.



Perkara ini tidak syak lagi salah satu usaha mereka untuk mempertingkat keuntungan melalui yuran langganan. Suku kedua tahun 2022 sahaja menyaksikan Google telah mengaut lebih USD7 billion daripada pengiklanan.

Namun begitu, saya tak rasakan pengguna di telefon pintar terkesan sangat walaupun YouTube mengimplimentasikannya. Hal ini kerana, satu-satunya telefon yang memiliki panel paparan beresolusi 4K adalah siri Sony Xperia 1 untuk memanfaatkan resolusi YouTube setinggi itu.



Pada saya, golongan paling terkesan adalah yang menonton YouTube di TV pintar. Sekiranya anda ada bajet lebih, saya sarankan anda langgan sahaja YouTube Premium kerana iklan yang disuapkan pada anda sangat banyak dan kadang-kadang tidak mesra kanak-kanak.

YouTube Premium boleh dilanggan dalam beberapa pelan. Pelan individual ditawarkan pada harga RM17.90 manakala pelajar pada RM10.90. Pelan keluarga yang boleh dikongsi dalam kalangan 5 ahli pula ditawarkan pada harga RM26.90.

Kalaupun YouTube telah memuktamadkan langkah ini, nampaknya ia dikuatkuasakan secara berfasa. Saya masih boleh mainkan video dalam resolusi 4K di YouTube versi web dan juga Android saya tanpa masalah.

Sumber: Notebook Check

Tags: alphabetsGoogleYouTube
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Anda setuju kalau YouTube hadkan resolusi 4K untuk pelanggan Premium?

Anda setuju kalau YouTube hadkan resolusi 4K untuk pelanggan Premium?

3 Oktober 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

Dapatkan pelbagai sudut gambar menarik guna Galaxy Z Flip4 tanpa bantuan tripod & orang lain

13 November 2022
Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

30 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER