• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Digi diam-diam lancar prabayar tanpa had baharu, 6mbps dengan FUP tertinggi dalam kelasnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:59 pm
  • 04/10/2022
  • Komen
Digi diam-diam lancar prabayar tanpa had baharu, 6mbps dengan FUP tertinggi dalam kelasnya
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda masih belum baca, kami ada tulis tentang senarai komprehensif pelan prabayar tanpa had yang ditawarkan telco-telco utama Malaysia. Dalam artikel itu, Digi tidak disenaraikan kerana mereka tidak menawarkannya secara terbuka, sebaliknya berselindung dibelakang Box of Suprises dan hanya boleh diakses pelanggan sedia ada.

Kini ceritanya sudah berubah. Kalau anda pergi ke penawaran prabayar Digi Next, sudah ada pelan yang bernama Next Unlimited 40 yang ditawarkan pada harga RM40/bulan. Daripada segi rekaan kotak penawaran, seakan ia adalah keputusan saat akhir.



Untuk RM40/bulan, anda dapat capaian Internet tanpa had pada kelajuan 6Mbps.

Seperti biasa, Digi sangat ingin menimbus FUP mereka sedalam mungkin. Sudahlah tiada sebarang tanda * diletakkan frasa “Tanpa Had” di dalam iklan, nak cari maklumat FUP juga agak sukar. Dengan bantuan pihak penyedia, kami dimaklumkan yang ia berada di sini.



Daripada ayat tersebut, jelas menunjukkan yang FUP untuk pelan ini adalah pada 300GB. Paras tersebut adalah yang tertinggi dalam kalangan telco yang menetapkan FUP keras. Contohnya, TuneTalk melalui penawaran Tune Unlimited 48 tetapkan kuota FUP 100GB, Hotlink 50GB, Celcom sehingga 60GB, dan U Mobile sehingga 100GB. Telco seperti Yoodo dan Unifi ada frasa FUP tapi tidak ditetapkan berapa GB.

Kuota hotspot sebanyak 10GB boleh anda akses seandainya anda mengaktifkan fungsi auto-renewal. Sekiranya anda tidak menyertai program pembaharuan secara automati, tiada sebarang hotspot boleh dilakukan.

Sekiranya anda ingin mengetahui semua penawaran Digi Next, ia disenaraikan di laman Product Disclosure Sheet ini.

Tags: digidigi next unlimited 40prabayartanpa hadtelco
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Digi diam-diam lancar prabayar tanpa had baharu, 6mbps dengan FUP tertinggi dalam kelasnya

Digi diam-diam lancar prabayar tanpa had baharu, 6mbps dengan FUP tertinggi dalam kelasnya

4 October 2022
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

1 Oktober ini, bekalan ubat kini terus ke pintu rumah melalui aplikasi MyUBAT!

30 September 2026
Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

Kerajaan Selangor salur subsidi pengangkutan awam RM30, ini cara tebus!

1 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN