Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Dec, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pas Internet tanpa had Digi pun harga RM35 tapi untuk yang tertentu sahaja

Satu demi satu telco memperkenalkan pas Internet tanpa had tapi dihadkan kelajuannya. Tak lama dulu ada pengguna Digi yang mengesannya muncul dan hilang di APP MyDIgi mereka, tapi kali ini ia secara rasminya dilancarkan. Namun begitu, konsep penawarannya sama seperti yang Holtink Mu di Maxis.

Di Digi, ia dikenali sebagai Box of Suprises dan boleh diakses di APP MyDigi telefon anda. Tentang pas internet tanpa had pula, ia tidak ditawarkan kepada semua orang sebaliknya ia bergantung pada pola penggunaan anda.

Tidaklah diketahui apakah rumus yang digunakan untuk menentukannya tapi, tawaran Unlimited Internet & Calls ini hanya akan muncul di APP MyDigi pengguna yang terpilih sahaja.

Berharga RM35/bulan, pas dengan manfaat sebegini turut ditawarkan oleh Xpax dan Hotlink manakala di UMobile, Giler Unlimited GX30 berikan anda kelajuan 6Mbps (dua kali ganda lebih pantas) serta kuota untuk hotspot sebesar 6GB.

Sekiranya anda pengguna Digi yang tidak ditawarkan pas ini, pada RM35 anda boleh dapatkan pelan Cili Padi XL RM35 yang berikan anda data sebanyak 9GB serta kuota tontonan video tanpa had di YouTube, Instagram, Facebook, dan Twitter.

BACA  Gokart Lamborghini telah dibuka tempahannya untuk pasaran Malaysia