• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix Note 12 2023: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:58 pm
  • 05/10/2022
  • Komen
Infinix Note 12 2023: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Infinix mungkin satu jenama yang kurang terkenal dalam pasaran Malaysia, tapi mereka sudah bertapak di Malaysia sejak 2017 lagi. Berita terbaharu daripada mereka adalah tentang satu telefon baharu yang bernama Infinix Note 12 2023. Ini adalah iterasi ketiga siri Note 12. Sebelum Note 12 2023, kita ada Note 12 G88 dan kemudian Note 12 G96.

Harga Infinix Note 12 2023 di Malaysia

Di Malaysia Infinix Note 12 2023 dijual pada tanda harga RM799. Satu varian ditawarkan iaitu RAM 8GB dan storan 128GB.



Sekiranya anda berminat untuk mendapatkannya, jangan lepaskan peluang untuk berolehnya pada harga diskaun iaitu RM699 pada hari pertama jualannya iaitu 7 Oktober 2022. Promosi hanya berlangsung di gedung dalam talian Infinix Shopee.

Ada lagi promo lain berlangsung selari dengan diskaun tadi. Infinix telah menyediakan 125,000 diamond untuk diedkarkan dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang.



Promo tersebut berlangsung antara 7 Oktober hingga 21 Oktober 2022. Untuk menyertainya mudah sahaja, anda cuma perlu:

  1. Aambil gambar telefon Infinix Note 12 2023 beserta resit pembelian sebagai bukti
  2. DM gambar itu ke Facebook dan Instagram.
  3. Follow Instagram @infinixmobilemalaysia
  4. Pemenang akan dihubingi melalui DM

Spesifikasi Infinix Note 12 2023

Infinix Note 12 2023 adalah sebuah telefon yang ada paparan sebesar 6.7”. Pada harga RM799, anda terima paparan AMOLED yang jarang-jarang ditemukan dalam kelas harga tersebut.

Terdapat takuk berbentuk “U” di dahi telefon ini untuk menempatkan kamera selfie 16MP. Lagi tentang kamera, untuk sistem pengimejan belakang, katanya ada tiga buah kamera. Namun, hanya satu kamera sahaja ygn menangkap gambar iaitu 50MP. Dua lagi adalak kamera sokongan iaitu untuk bokeh dan satu lagi katanya kamera AI.

Infinix Note 12 2023 mendukung slogan “Anti Lag-Lag Club”. Mungkin ia mempamerkan keyakinan Infinix ke atas produk mereka kali ini. Atas papan utama, Infinix Note 12 2023 dilengkapi SoC Mediatek Helio G99 daripada kategori 6nm. Infinix memposisikan telefon ini sebagai sebuah telefon gaming.

Pengeluarnya membandingkan cip itu dengan Snapdragon 680 sebagai pesaingnya. Untuk perspektif, antara telefon yang menggunakan cip ini adalah Realme 9, Realme 9i, Redmi 10C, Poco M5, dan Vivo T1x.

Bersama-sama dengan SoC itu, Infinix menggandingkannya pula dengan RAM 8GB dan storan 128GB. Ada fungsi peluasan RAM yang boleh menarik sedikit storan untuk dijadikan RAM maya. Makanya, anda berolah RAM 8GB dan tambahan 5GB.

Telefon Note 12 2023 mengambil tenaga daripada tangki bateri berkapasiti 5,000mAh dan ia boleh dicas pantas menggunakan blok pengecas 33W yang disediakan di dalam kotak.

Lain-lain perkara yang menarik dengan telefon ini adalah ia ada speaker stereo yang menyokong teknologi Hi-Res dan DTS. Masih tentang audio, ia turut menyediakan jek audio 3.5mm untuk pengguna padankannya dengan set audio berkabel kegemaran.

Tidak dilupakan juga, Infinix Note 12 2023 menyokong NFC. Hal ini bermakna, ia adalah antara telefon termurah dalam pasaran yang ada sensor NFC. Hal itu bermakna, anda boleh tambah nilai kad Enhanced TNG anda tanpa masalah.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut

Tags: androidInfinixinfinix note 12 2023telefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Infinix Note 12 2023: Maklumat penjualannya di Malaysia

Infinix Note 12 2023: Maklumat penjualannya di Malaysia

5 October 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER