• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

MYAirline pesaing terbaru AirAsia, sasar tambang lebih murah, sokongan pelanggan masa nyata dan tepati masa

  • OLEH Najib
  • 11:12 am
  • 06/10/2022
  • Komen
MYAirline pesaing terbaru AirAsia, sasar tambang lebih murah, sokongan pelanggan masa nyata dan tepati masa
Share on FacebookShare on Twitter

Penyedia perkhidmatan penerbangan tambang murah AirAsia, akan berdepan dengan saingan terbaru di Malaysia. Nikkei Asia melaporkan, sebuah syarikat tambang murah baharu, MYAirline merancang untuk mula beroperasi awal tahun hadapan.

AirAsia merupakan peneraju penerbangan tambang murah di rantau ini. Tetapi CEO MYAirline, Rayner Teo menyatakan, syarikatnya mampu memberi saingan dengan menjual tambang lebih rendah, sokongan khidmat pelanggan masa nyata dan lebih baik serta menepati masa penerbangan.



Salah seorang pengasas bersama MYAirline, Teo, yakin mereka mampu memberi tambang lebih rendah berdasarkan struktur kos.

MYAirline juga telah mengambil beberapa bekas pegawai eksekutif tertinggi AirAsia, yang mampu berkongsi pengalaman dan maklumat penting tentang industri penerbangan tambang murah yang penuh saingan.



Antaranya ialah Kathleen Tan, ketua penasihat eksekutif MYAirline. Nikkei Asia melaporkan, Tan telah berkhidmat selama 13 tahun di bawah pengurusan pengasas AirAsia, Tony Fernandes.

Kathleen Tan

Turut serta adalah Izwan Razak, pengurus operasi kabin yang pernah bersama AirAsia selama 17 tahun. Teo sendiri pernah berkhidmat di AirAsia selama 15 tahun sehingga Julai 2019, dengan jawatan terakhir sebagai ketua jualan kumpulan.

MYAirline dilaporkan telah menerima lesen operasi daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM). Mereka memanggil model perniagaan MYAirline sebagai ‘tambang ultra rendah’.

MYAirline akan bermula dengan jumlah pesawat kecil, hanya tiga pesawat Airbus A320 terpakai. Tetapi syarikat mensasarkan untuk mengembangkan jumlah pesawat kepada 50 dalam masa 5 tahun akan datang. Teo menjelaskan, mereka telah menandatangani beberapa tawaran menarik dengan syarikat pemajak besar.

Dalam laporan Nikkei Asia yang sama, penganalisa melihat pemain industri baru ini berhadapan tugas yang sukar untuk bersaing dengan pemain sedia seperti AirAsia dan Malaysia Airlines.

“Syarikat penerbangan itu digambarkan sebagai syarikat penerbangan tambang ultra rendah, konsep yang dilihat menarik kerana purata kos setiap tempat duduk AirAsia adalah antara yang terendah dalam industri dan sukar untuk dikalahkan,” Shukor Yusof dari Endau Analytics dipetik sebagai berkata.

[Sumber: Malay Mail]
[Gambar: MYAirline]

Tags: MYAirline
Najib

Najib

POPULAR

MYAirline pesaing terbaru AirAsia, sasar tambang lebih murah, sokongan pelanggan masa nyata dan tepati masa

MYAirline pesaing terbaru AirAsia, sasar tambang lebih murah, sokongan pelanggan masa nyata dan tepati masa

6 October 2022
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN