• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bajet 2023: Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) ditubuh bulan ini sebagai pusat sehenti menentang scammer

  • OLEH Najib
  • 5:46 pm
  • 07/10/2022
  • Komen
Bajet 2023: Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) ditubuh bulan ini sebagai pusat sehenti menentang scammer
Share on FacebookShare on Twitter

Penipuan atas talian semakin menjadi-jadi dalam dunia canggih masakini. Untuk memperkasa sistem kewangan dan membantu rakyat yang menjadi mangsa, Menteri Kewangan mengumumkan beberapa langkah yang akan diambil kerajaan semasa membentangkan Bajet 2023.

Langkah yang diumumkan Tengku Zafrul sedikit sebanyak agak serupa dengan 5 langkah BNM yang diumumkan akhir bulan lepas.



Pertama, kerajaan akan menubuhkan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) yang akan beroperasi mulai bulan Oktober 2022. Ia akan melibatkan PDRM, BNM, SKMM dan NFCC serta institusi kewangan. NSRC akan bertindak berdasarkan berdasarkan laporan yang diterima untuk menyekat akaun serta mengambil tindakan sewajarnya.

Kedua, menghentikan penggunaan One-Time-Password (OTP) yang menggunakan SMS untuk transaksi berisiko tinggi oleh institusi perbankan.



Ketiga, menyediakan sebuah platform untuk orang ramai melaporkan mana-mana akaun atau nombor telefon yang disyaki digunakan oleh penjenayah scam.

Keempat, memperhebat tahap kesedaran dan cerdik pengguna untuk mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan.

Langkah pertama yang dilaksanakan segera pasti sangat membantu kerana langkah awal boleh diambil institusi perbankan, yang sering culas dan lambat bertindak menghalang penjenayah.

Langkah BNM yang lain yang diumumkan dahulu adalah penggunaan hanya satu peranti untuk pengesahan perbankan serta tempoh bertenang untuk perbankan dalam talian kali pertama. Institusi kewangan juga diminta mengambil langkah aktif untuk menyekat transaksi mencurigakan, walaupun kelihatan seperti telah diluluskan pengguna.

Tags: bnmNSRCSCAMTengku Zafrul
Najib

Najib

POPULAR

Bajet 2023: Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) ditubuh bulan ini sebagai pusat sehenti menentang scammer

Bajet 2023: Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) ditubuh bulan ini sebagai pusat sehenti menentang scammer

7 October 2022
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN