• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iPhone SE baharu khabarnya dilancar dalam 2024, adakah badan berusia 10 tahun masih akan diguna?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:54 am
  • 11/10/2022
  • Komen
iPhone SE baharu khabarnya dilancar dalam 2024, adakah badan berusia 10 tahun masih akan diguna?
Share on FacebookShare on Twitter

iPhone SE adalah siri bajet iPhone yang boleh anda dapatkan dalam pasaran sekiranya anda tak mahu berbelanja besar untuk model arus perdana. Kali terakhir Apple mengemas kini iPhone SE adalah pada Mac 2022 melalui iPhone SE (2022).

Ada khabar angin daripada sumber yang boleh dipercayai mengatakan yang akan ada iPhone SE baharu dilancarkan dalam tahun 2024. Menurut perkongsian, iPhone SE bakal menggunakan rekaan iPhone XR yang bermakna tiada lagi TouchID dan panel paparan lebih nipis bingkainya boleh anda jangkakan.



Kenapa jangan beli iPhone SE 2022?

Ia adalah sesuatu yang masuk akal kerana badan iPhone 6 yang digunakan pada dua iterasi SE sudahpun berusia 8 tahun. Untuk sebuah syarikat yang mementingkan inovasi, ia adalah sesuatu yang tak masuk akal.



Tambahan pula adalah tepat pada masanya sekiranya Apple ingin memperbaharukan siri bajet kerana siri iPhone 14 yang sedang dijual adalah bermula RM4,199 kemudian yang paling murah selain iPhone SE setakat ini adalah iPhone 12 pada RM3,199. Asalnya, iPhone SE diumumkan bagi mengisi ruang bawah RM2,000.

WWDC 2022: iOS 16 tidak lagi sokong iPhone 6s, iPhone 7 dan iPhone SE

Tapi dengan keadaan sekarang, iPhone SE sendiri sudah dinaikkan harga daripada RM1,999 kepada RM2,249, anda boleh jangkakan yang iPhone SE 4 sekiranya ada tentu sekali berada sekitar RM2,500.

Selain padan dengan kitaran 2 tahun antara iPhone SE (2020) dengan iPhone SE (2022), 2024 juga adalah tahun Apple perlu menggunakan port USB-C sekiranya mereka ingin terus menjual iPhone di dalam pasaran Eropah.

Sumber: MacRumors

Tags: appleiPhone SEiphone se 2024iPhone XR
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
iPhone SE baharu khabarnya dilancar dalam 2024, adakah badan berusia 10 tahun masih akan diguna?

iPhone SE baharu khabarnya dilancar dalam 2024, adakah badan berusia 10 tahun masih akan diguna?

11 October 2022
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN