• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Periksa rekod kereta terpakai dengan CTOS Vehicle Check untuk elak ditipu penjual

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:47 pm
  • 14/10/2022
  • Komen
Periksa rekod kereta terpakai dengan CTOS Vehicle Check untuk elak ditipu penjual
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat pelapor kredit terkenal, CTOS Digital Berhad kini menyediakan satu servis baharu untuk dimanfaatkan pengguna. Anda kini boleh melihat laporan komprehensif berkenaan kereta terpakai seperti:

  • Sejarah kemalangan
  • Jarak perbatuan
  • Sama ada pernah kecurian ataupun tidak
  • Sejarah pemilik
  • Pernah dipanggil semula oleh pengeluar
  • Rekod lelongan
  • Sejarah penggunaan beg udara (kereta Jepun sahaja)
  • Rekod selenggara
  • Butiran pendaftaran kereta

Servis yang bernama CTOS Vehicle Check ini dikendalikan oleh CTOS IDS Sdn. Bhd., anak syarikat CTOS Digital Berhad dengan Kerjasama OTOFACTS, pengkalan data automotive dalam talian untuk negara Malaysia.



Apa yang anda perlukan adalah vehicle identification number (VIN) yang boleh ditemukan di kereta itu sendiri. Ada beberapa tempat VIN dicetak seperti di dalam ruang enjin, geran, dan dokumen perlindungan insurans yang boleh anda rujuk.

Berbekalkan VIN, anda boleh gunakan nombor itu untuk dimasukkan ke dalam ruang carian CTOS Vehicle Check. Servis ini sangat berguna sekiranya anda ingin pastikan kereta yang bakal anda beli bebas daripada perbuatan khianat.



Harga laporan

Sekiranya anda perlukan laporan seperti yang dimaklumkan di atas, harganya adalah serendah RM6, bergantung kepada negara kereta itu diimport.

Laporan untuk kereta Malaysia, harganya adalah RM6. Laporan untuk kereta daripada Jepun adalah bermula RM49.90 dan boleh pergi sehingga RM149.99 untuk versi yang lebih komprehensif. Kereta daripada UK pula adalah antara RM25.99 hingga RM55.99.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: automotifctos
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Periksa rekod kereta terpakai dengan CTOS Vehicle Check untuk elak ditipu penjual

Periksa rekod kereta terpakai dengan CTOS Vehicle Check untuk elak ditipu penjual

14 October 2022
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

Nothing Phone (3) turun harga sehingga RM500 di Malaysia, kini bermula RM2,599

28 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN