• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Netflix lancar iklan dalam pelan, harganya tidak murah sangat

  • OLEH Najib
  • 10:02 am
  • 14/10/2022
  • Komen
Netflix lancar iklan dalam pelan, harganya tidak murah sangat
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah lama Netflix menyatakan hasrat untuk memasukkan iklan di dalam pelan mereka dan kini ia telah menjadi kenyataan. Netflix kini mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan iklan di dalam pelan tidak lama lagi, pada harga yang lebih rendah daripada pelan biasa.

Menurut Netflix, pelan beriklan ini boleh mula dilanggan pada 3 November 2022 di 12 buah negara iaitu Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Brazil, Perancis, Itali, Jerman, Jepun, Korea Selatan, Mexico, Sepanyol dan United Kingdom. Ia akan diluaskan lagi ke negara lain di kemudian hari.



Harga pelan ini sudah semestinya lebih murah daripada pelan sedia ada. Di Amerika Syarikat, pelan beriklan ini berharga USD6.99 (~RM32) berbanding pelan Basic di sana berharga USD9.99 (~RM46). Pengguna sedia ada tidak akan terkesan dengan pengenalan pelan baru ini.

Apa bezanya pelan beriklan

Untuk pelanggan pelan beriklan, mereka akan disajikan dengan iklan sekitar 15 ke 30 saat, sebelum tayangan dimulakan dan di tengah-tengah tayangan. Pasti ia serupa dengan iklan yang terdapat di YouTube, tetapi tidak boleh dilangkau langsung di Netflix.



Selain itu, pelan beriklan juga tidak boleh menyimpan muat turun, untuk menonton tanpa internet.

Paling penting, akan ada filem dan drama bersiri yang tidak boleh ditonton pengguna pelan ini. Katanya akibat kekangan pelesenan. Perkara ini masih belum dijelaskan kenapa dan kandungan yang bagaimana disekat. Biasanya, kekangan pelesenan adalah akibat hak tayangan berbeza mengikut negara.

Tetapi pelan beriklan boleh menonton pada resolusi HD 720p. Netflix juga menaik taraf pelan Basic tanpa iklan kepada tontonan HD 720p, tidak lagi 480p sahaja.

Bila tiba di Malaysia?

Mungkin pengguna di Malaysia akan dapat melanggan pelan beriklan Netflix tidak lama lagi. Tetapi pada harga lebih murah kerana pelan Basic Netflix di sini berharga RM35 sahaja. Mungkin dengan iklan, di bawah RM30. Cuma, adakah Netflix akan menaik taraf pelan Basic kepada tontonan HD 720p bulan hadapan?

Selain itu, pengguna di Malaysia sudah sekian lama disajikan pelan Mobile berharga RM17/bulan sahaja. Pelan ini membenarkan tontonan di telefon pintar atau tablet sahaja, tidak di TV atau pelayar web di komputer.

[Sumber: CNN, Netflix]

Bacaan Berkaitan

  • Netflix unjurkan kehilangan 2 juta pelanggan, pakej lebih murah dengan iklan sedang dipertimbang
  • Pelan Netflix lebih murah dijangka tiba akhir tahun ini, dengan syarat tambahan
  • Netflix pilih Microsoft untuk teknologi iklan dalam kandungan
  • Seluruh dunia boleh tonton ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ di Netflix mulai 16 September
  • Tonton semula Mat Kilau, Leftenan Adnan, Bukit Kepong dan banyak lagi filem buatan Malaysia di Netflix
Tags: Netflix
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Netflix lancar iklan dalam pelan, harganya tidak murah sangat

Netflix lancar iklan dalam pelan, harganya tidak murah sangat

14 October 2022
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN