• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

3 cara pantas taip simbol darjah, cara mana satu kegemaran anda?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:51 pm
  • 18/10/2022
  • Komen
3 cara pantas taip simbol darjah, cara mana satu kegemaran anda?
Share on FacebookShare on Twitter

Mungkin sekarang adalah musim orang menyudahkan kerja kursus ataupun projek akhir tahun. Terlaku banyak yang bertanya tentang bagaimanakah nak masukkan simbol darjah, terutamanya untuk darjah Celsius, Fahrenheit, ataupun ingin menyatakan bering.

Mari, saya ajarkan tiga cara pantas untuk lakukannya. Kalau anda rasakan ia bermafaat, kongsilah dengan kawan-kawan anda.



1.      Guna kod ALT

Buat pengguna Windows, anda boleh gunakan kod pintas yang dipanggil kod ALT. Untuk simbol darjah, anda boleh gunakan kombinasi kunci ALT+248. Sebenarnya ada banyak lagi kod yang boleh digunakan, senarai penuhnya boleh ada rujuk di sini. Berikut adalah contoh sepuluh symbol dengan kod ALT yang boleh anda gunakan.

Sumber

Perlu diignatkan yang kombinasi ini hanya boleh digunakan di papan kekunci yang ada NumPad. Sekiranya tiada, anda terpaksa gunakan Character Map pada Windows.



2.      Guna Character Map

Character Map adalah sumber paling lengkap untuk symbol-simbol khas. Ia adalah perisian yang sedia terpasang di dalam semua komputer yang menjalankan sistem operasi Windows. Nak lancarkannya senang sahaja, lakukan carian Character Map.

Di Advanced View, lakukan carian degree dan anda boleh gunakan kombo Copy & Paste ke lokasi yang ingin anda gunakan simbol ini.

3.      Guna Google

Ini adalah cara paling universal dan boleh digunakan untuk semua platform, asalkan anda ada pelayar web. Lakukan sahaja carian simbol. Di halaman hasil carian, apa lagi, gunakan skill Copy & Paste anda.

Saya gemarkan cara nombor 3 kerana ia superpantas dan itu satu-satunya cara yang saya tahu bila saya perlu gunakan simbol khas sewaktu menaip di telefon pintar. Anda bagaimana?

Tags: simboltipstips & trickstutorial
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

3 cara pantas taip simbol darjah, cara mana satu kegemaran anda?

3 cara pantas taip simbol darjah, cara mana satu kegemaran anda?

18 October 2022
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

Huawei MatePad Air 2026 diperkenal dengan skrin PaperMatte OLED 144Hz dan enam pembesar suara

15 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN