• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Malaysia ada cara untuk pengguna dapatkan kad Touch n Go NFC dengan mudah

  • OLEH Najib
  • 7:18 pm
  • 20/10/2022
  • Komen
Honor Malaysia ada cara untuk pengguna dapatkan kad Touch n Go NFC dengan mudah
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon kelas pertengahan Honor yang dilancar pada bulan Ogos lepas, Honor 70 akan diperkenalkan dengan tambahan warna baharu tidak lama lagi. Warna tersebut, Icelandic Frost akan menyertai pilihan warna sedia ada iaitu Crystal Silver, Emerald Green dan Midnight Black.

Tetapi ia tidak datang berseorangan. Honor Malaysia menyatakan bahawa mereka bekerjasama dengan Touch n Go, untuk melancarkan kad Touch n Go edisi khas NFC berwarna gradien biru, yang sedondon dan serasi dengan warna baru Honor 70, Icelandic Frost.



Warna Icelandic Frost menggabungkan efek gradien biru dan merah jambu, memberi pandangan sentiasa berubah warna apabila dipandang dari sudut berbeza. Efek warna yang sama, akan turut diterapkan di dalam kad edisi khas Touch n Go NFC kelak.

Jangan lupa, Honor 70 memiliki teknologi NFC terbina di dalamnya dan ini membolehkan ia menambah nilai kad Touch n Go NFC kelak. Jika kad tersebut datang bersama.



Adakah Honor 70 Icelandic Frost akan dijual lebih mahal?

Buat masa ini, masih belum diketahui bilakah Honor 70 Icelandic Frost akan dilancar di Malaysia. Lebih penting lagi, adakah harganya akan lebih mahal jika datang bersama kad Touch n Go edisi khas NFC.

Ini kerana kad Touch n Go edisi khas NFC menjadi rebutan ramai, kerana kecanggihannya yang boleh ditambah nilai dari telefon pintar tetapi kekurangan stok di pasaran. Ini mengakibatkan terjadinya pembelian oleh orang yang tidak bertanggungjawab, dan menjualnya semula pada harga sehingga 10x lebih mahal.

Touch n Go menjual kad Touch n Go edisi khas NFC pada harga RM10 tanpa kredit di dalamnya. Ia boleh dibeli di pejabat Touch n Go, serta stesen minyak terpilih. Tetapi terdapat pekerja di stesen minyak, menjadi dalam penjual kad Touch n Go NFC pada harga terlampau mahal. Seperti yang dilaporkan KPDNHEP dalam serbuan mereka terhadap laporan yang diterima.

Jika Honor Malaysia mahu memberi kad Touch n Go NFC bersama pembelian Honor 70 Icelandic Frost, ia dijangka percuma dan tiada kenaikan harga kerana kad tersebut berharga hanya RM10. Warna Icelandic Frost untuk Honor 70 juga bukannya warna baru atau edisi terhad. Ia cuma belum dijual di Malaysia, tetapi telah dilancar bersama semua warna lain di peringkat antarabangsa.

Sudah pasti, jika ada yang cuba menangguk di air keruh untuk mendapatkan kad ini bersama telefon Honor 70, tidak akan cuba melakukannya kerana harga Honor 70 sendiri sudah sangat mahal iaitu RM1,999. Tidak berbaloi membeli telefon bersama kad diterima percuma, dan menjual semula kad itu pada harga RM100. Melainkan mereka adalah pembeli asli yang benar-benar mahukan telefon tersebut dan menggunakannya.

Buat yang belum kenal, Honor 70 memiliki antara kamera terbaik di telefon bawah RM2,000. Ia hadir dengan kamera utama 54MP, kamera ultra lebar 50MP dan kamera makro 2MP di belakang. Kamera hadapannya 32MP, terletak di dalam lubang di dahi skrin OLED 6.67-inci HD Penuh 120Hz.

Prestasi tinggi padanya digerakkan oleh cip Snapdragon 778G+, bersama RAM 8GB dan storan 256GB. Ia ada bateri 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 66W. Selain NFC, ia menyokong WiFi 6 dan Bluetooth 5.2.

Bacaan Berkaitan

  • KPDNHEP siasat harga tak masuk akal TNG NFC, puncanya daripada pekerja stesen minyak sendiri
  • TNG RFID NFC: Awas, jangan terkeliru untuk elak dicaj penalti maksimum! | DWIBAHASA
  • Berbanding beli kad TNG NFC daripada scalper, lebih baik dapatkan daripada United Voice
  • Honor 70 vs. Xiaomi 12 Lite: Yang mana layak berada dalam poket anda?
  • Honor 70: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: honorHonor 70tng nfcTouch n GoTouch n Go NFC
Najib

Najib

POPULAR

Honor Malaysia ada cara untuk pengguna dapatkan kad Touch n Go NFC dengan mudah

Honor Malaysia ada cara untuk pengguna dapatkan kad Touch n Go NFC dengan mudah

20 October 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

Siri Oppo Reno 14 kini rasmi dengan Dimensity 8450, bateri 6,200mAh, harga dari RM1,399

1 July 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER