• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Piawaian USB4 V2.0 diumum, jalur data dua kali lebih luas berbanding sebelumnya. Apa manfaatnya?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:51 pm
  • 20/10/2022
  • Komen
Piawaian USB4 V2.0 diumum, jalur data dua kali lebih luas berbanding sebelumnya. Apa manfaatnya?
Share on FacebookShare on Twitter

Organisasi yang mengelolakan piawaian USB telah menerbitkan dokuman yang mengandungi piawaian USB4 V2.0. Piawaian ini adalah bagi menambah baik USB4 sedia ada yang diperkenal dalam bulan Ogos 2019 lalu.

Apa yang ditambahb aik pada USB4 V2.0 sebahagian besarnya tertumpu kepada jalur perpindahan data yang lebih luas. Dalam satu sambungan USB4 V2.0 terdapat 4 jalur yang dalam tetapan default, dua jalur muat naik dan dua jalur muat turun, masing-masing seluas 80Gb/s sehala. Sebagai perbandingan, USB4 V1.0 memiliki separuh daripada angka itu iaitu 40Gb/s.



Sekiranya jalur lebih luas diperlukan, jalur-jalur tersebut boleh diimbangkan secara dinamik. Contohnya, 3 jalur boleh ditukarkan kepada muat naik untuk jadikan kelebaran muat naik menjadi 120Gb/s. Contoh aplikasi yang memerlukan jalur muat naik sepantas itu adalah beberapa monitor 4K disambungkan kepada komputer. Situasi itu lebih mementingkan data keluar berbanding masuk pada komputer.

Protokol USB baharu mengkehendakkan port ditandakan dengan jelas, apa kesannya kepada anda?



Selaras dengan pembaharuan pada sistem penamaan USB yang diumumkan tak lama dulu, port ataupun aksesori yang menyokong USB V2.0 disarankan untuk ditandakan dengan lencana USB 80Gbps. Ia tidaklah satu kewajipan untuk tandakannya, tapi sekiranya pengeluar ingin menggunakan piawaian ini, emreka masih perlu melalui proses mensijilan daripada USB-IF.

Apa manfaatnya kepada pengguna biasa macam saya?

Pada saya, kesannya tidaklah dirasakan sangat. Sehingga kini saya masih belum pernah bertemu secara fizikal gajet yang ada USB4. Perpindahan data USB 3 sudah cukup pantas buat saya tapi sekiranya anda seorang pencipta kandungan yang menghasilkan kandungan beresolusi tinggi ataupun perlu mengendalikan materi multimedia yang besar saiznya, sudah tentu USB4 sangat membantu.

Sumber: USB, Anandtech

Tags: usbUSB4usb4 v2.0
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Piawaian USB4 V2.0 diumum, jalur data dua kali lebih luas berbanding sebelumnya. Apa manfaatnya?

Piawaian USB4 V2.0 diumum, jalur data dua kali lebih luas berbanding sebelumnya. Apa manfaatnya?

20 October 2022
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN