• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

PROMO: Apple Premium Partner Store pertama dibuka dengan tawaran termurah iPhone, Apple Watch, AirPods & MacBook selama sehari

  • OLEH Najib
  • 8:43 am
  • 20/10/2022
  • Komen
PROMO: Apple Premium Partner Store pertama dibuka dengan tawaran termurah iPhone, Apple Watch, AirPods & MacBook selama sehari
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Machines telah membuka kedai pertama Apple Premium Partner Store di Malaysia. Mereka akan mengadakan majlis pembukaan rasmi kedai ini pada hari ini, Khamis 20 Oktober 2022.

Apple Premium Partner Store ini terletak di Pavilion Mall, Kuala Lumpur. Ia mensasarkan untuk memberi pengalaman lebih premium kepada pelanggan berbanding Partner Store biasa, dan selangkah lebih hampir kepada Apple Store sebenar.



Bersempena pembukaan rasmi ini, Machines mengadakan tawaran masa terhad dan stok terhad untuk beberapa produk terpilih pada 20 Oktober 2022. Pembeli terawal berpeluang mendapatkan tawaran seperti:

  • iPhone 11 64GB Black hanya RM988 (18 units)
  • MacBook Air M1 256GB hanya RM3,988 (8 units)
  • Apple Watch SE 40mm GPS hanya RM888 (18 units)
  • AirPods gen-2 hanya RM488 (58 units)

Semua tawaran ini diberikan kepada yang pertama datang dan pertama dapat. Setiap pelanggan juga boleh mendapatkan hanya satu unit sahaja.



Machines juga bekerjasama dengan beberapa rakan lain untuk menawarkan promosi lain. Antaranya baucar 10% untuk pembelian aksesori Apple menggunakan Apple Pay dan kad Maybank, dan baucar RM50 daropada CompAsia jika menukar tebus peranti lama.

Pelanggan yang membeli bersama aksesori PanzerGlass iPhone 14 juga akan menerima hadiah percuma daripada PanzerGlass bernilai RM79. Manakala ahli Pavilion Privileges layak menerima diskaun RM50 untuk pembelian Airpods gen-2 dan gen-3.

Selain menjenguk dan mencuba produk baru Apple, Apple Premium Partner Store di Pavilion KL juga mengadakan sesi demonsrasi percuma yang terbuka kepada semua. Pada 20 Oktober, beberapa sesi berkaitan iPhone 14, iPad dan iPad mini diadakan, serta cara mengambil gambar potret menggunakan iPhone.

Kepada yang berminat untuk berkunjung, Apple Premium Partner Store terletak di Tingkat 5, Lot 5.19 dan 5.20 di Pavilion Mall Kuala Lumpur di Bukit Bintang. Anda boleh mengetahui lebih banyak promosi dan aktivti kedai tersebut di sini.

[Gambar: Machines]

Tags: appleApple Premium PartnerApple Premium Partner StoreApple Storemachines
Najib

Najib

POPULAR

PROMO: Apple Premium Partner Store pertama dibuka dengan tawaran termurah iPhone, Apple Watch, AirPods & MacBook selama sehari

PROMO: Apple Premium Partner Store pertama dibuka dengan tawaran termurah iPhone, Apple Watch, AirPods & MacBook selama sehari

20 October 2022
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN