• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Tak perlu lagi Apple Watch, Fitness+ boleh digunakan percuma di iPhone, iPad dan Apple TV untuk masa terhad

  • OLEH Najib
  • 11:57 am
  • 21/10/2022
  • Komen
Tak perlu lagi Apple Watch, Fitness+ boleh digunakan percuma di iPhone, iPad dan Apple TV untuk masa terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, Apple menyediakan platform Fitness+ untuk membantu pengguna Apple Watch menjalankan aktiviti kecergasan dengan lebih berkesan. Tidak lama lagi, Fitness+ akan turut disediakan untuk pengguna iPhone, iPad dan Apple TV tanpa memerlukan Apple Watch.

Fitness+ akan diluaskan lagi penggunaannya ke iPhone, iPad dan Apple TV mulai 24 Oktober di 21 negara terpilih, termasuk Malaysia. Negara lain adalah Australia, Austria, Brazil, Kanada, Colombia, Perancis, Jerman, Indonesia, Ireland, Itali, Mexico, New Zealand, Portugal, Rusia, Arab Saudi, Sepanyol, Switzerland, UAE, United Kingdom dan Amerika Syarikat.



Dengan ini, pengguna iPhone, iPad dan Apple TV akan dapat mengakses lebih 3,000 latihan kecergasan di dalam studio yang dipimpin oleh pelatih berpengalaman. Pengguna juga akan dapat memantau panduan latihan di atas skrin, bersama sela masa dan kalori yang dibakar untuk melengkapkan cincin Move di dalam Fitness.

Akses ke Fitness+ boleh ditemui dengan menaik taraf ke iOS 16.1. Ia terdapat di dalam aplikasi Fitness dan terletak di bahagian tengah.



Pengguna juga boleh memancarkan latihan kecergasan di Fitness+ menerusi Apple TV atau kotak media yang serasi AirPlay untuk melihatnya di skrin lebih besar.

Yuran langganan Fitness+

Perkhidmatan Fitness+ ini percuma, hanya untuk 3 bulan pertama bagi pembeli Apple Watch, iPhone, iPad atau Apple TV baru. Bagi pengguna sedia ada, ia diberikan percuma untuk bulan pertama.

Selepas itu, pengguna boleh memilih untuk melanggannya secara tunggal pada harga RM19.90 sebulan atau RM119.90 setahun. Langganan ini boleh dikongsi bersama 5 ahli keluarga yang lain.

Lebih baik lagi, Fitness+ ada dipakejkan ke dalam pelan Apple One Premier. Ia berharga RM69.90 sebulan dan menyediakan perkhidmatan Apple Music, Apple TV+, Apple Arcade dan iCloud sebanyak 2TB. Pelan ini juga boleh dikongsi bersama 5 ahli keluarga.

Ketahui lebih lanjut tentang pelan Apple One di sini.

Kemunculan istimewa Taylor Swift dan Hannah Waddingham

Antara nilai tambah di dalam Fitness+ adalah senarai lagu khas untuk kecergasan serta mendengar cerita sambil berjalan di dalam Time To Walk. Mulai 24 Oktober, Fitness+ akan menampilkan Taylor Swift di dalam Arits Spotlight. Ia menyediakan senarai lagu kecergasan khusus untuk artis tersebut dan kali ini, menampilkan album terbaru Taylor Swift, Midnight.

Selain itu, Time To Walk mulai 24 Oktober akan menampilkan penyanyi dan pelakon, Hannah Waddingham. Kali ini, Hannah akan membawakan tetamu bersamanya untuk bercerita, antaranya penyanyi Meghan Trainor dan angkasawan Eileen M. Collins.

[Sumber: Apple]

Bacaan Berkaitan

  • Apple Fitness+ perkenal Collection dan Time To Run untuk tingkatkan motivasi bersenam
  • Apple One Premier tambah Fitness+ dan iCloud 2TB untuk keluarga di Malaysia
  • Perkhidmatan Apple Fitness+ akan tiba di Malaysia
Tags: appleapple fitnessApple Fitness PlusApple TVipadiphone
Najib

Najib

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Tak perlu lagi Apple Watch, Fitness+ boleh digunakan percuma di iPhone, iPad dan Apple TV untuk masa terhad

Tak perlu lagi Apple Watch, Fitness+ boleh digunakan percuma di iPhone, iPad dan Apple TV untuk masa terhad

21 October 2022
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN