• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 70 x Touch n Go NFC Edisi terhad, dapat 5 hadiah percuma pada harga yang sama

  • OLEH Najib
  • 1:01 pm
  • 25/10/2022
  • Komen
Honor 70 x Touch n Go NFC Edisi terhad, dapat 5 hadiah percuma pada harga yang sama
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia hari ini mengumumkan kedatangan warna baru, Icelandic Frost untuk telefon pintar Honor 70. Ia tampil istimewa di Malaysia, hasil kerjasama Touch n Go dengan melancarkan Set Hadiah Edisi Terhad Honor 70 X Touch n Go.

Dalam edisi terhad ini, pembeli akan menerima telefon pintar Honor 70 dalam warna baru Icelandic Frost yang menawan serta kad Touch n Go NFC edisi terhad. Kad ini menampilkan warna yang serupa dengan Icelandic Frost bersama nombor 70 dan logo Honor padanya.



Tetapi ia tidak sekadar itu, Honor turut memberikan 4 lagi hadiah percuma untuk pembeli edisi terhad ini iaitu:

  1. Touch n Go RFID
  2. Sarung Honor 70
  3. Gelang pintar Honor Band 6
  4. Lanjutan jaminan tahun kedua

Perkara paling istimewa tentang edisi terhad ini sebenarnya adalah harganya. Ia boleh dibeli pada harga yang serupa dengan Honor 70 yang lain iaitu RM1,999 sahaja. Harga sama, tetapi dapat 5 hadiah percuma termasuk kad Touch n Go NFC.



Jika berminat, anda perlu tahu bila dan di mana ia dijual. Set Hadiah Edisi Terhad Honor 70 X Touch n Go ini akan mula dijual di Malaysia pada hari Jumaat, 28 Oktober 2022. Ia boleh dibeli atas talian di Stor Rasmi HiHonor Malaysia, Lazada dan Shopee, serta di pengedar sah terpilih di seluruh Malaysia. Senarai pengedar sah boleh dirujuk di sini.

Spesifikasi Honor 70

Warna baharu Honor 70 iaitu Icelandic Frost diilhamkan daripada fenomena Aurora di Iceland yang terdiri daripada gradien biru dan merah jambu, yang berubah-ubah apabila dipandang dari pelbagai sudut berbeza. Keunikan ini menjadikannya telefon pintar yang elegan dan estetik.

Honor 70 adalah peranti kelas pertengahan dengan kuasa pemproses Snapdragon 778G+, sedikit naik taraf daripada Snapdragon 778G di Honor 50. RAM diberikan sebesar 8GB, manakala storan pula 256GB. Tiada slot kad mikroSD untuk menambah storan.

Skrin Honor 70 jenis OLED yang melengkung di kedua-dua sisi. Ia seluas 6.67-inci, dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Pengimbas capjari terdapat di dalam skrin dan lubang di dahi skrin menempatkan kamera hadapan Super Clear Selfie 32MP.

Menampilkan dua bulatan besar di belakang, ia memuatkan kamera utama Super Sensing 54MP F1.9 yang menggunakan sensor Sony IMX800, dikatakan pertama ada di telefon pintar. Selain itu, ia dilengkapi kamera ultra lebar 50MP F2.2 dan kamera potret 2MP F2.4. Satu lagi bulatan kecil adalah LED Flash. Tiada penstabil imej optikal pada kamera ini.

Tenaga disalurkan daripada bateri berkapasiti 4,800mAh dan ia menyokong pengecasan pantas SuperCharge 66W menerusi USB-C. Dikatakan mengambil masa hanya 20 minit untuk mengecas dari 0 ke 60%. Kepala pengecas 66W dan kabel USB-C diberikan bersama di dalam kotak.

Sistem bunyi pada Honor 70 hanyalah mono, malah ia tiada jek audio 3.5mm. Sistem operasi pula menggunakan Magic UI 6.1 berasaskan Android 12.

Bacaan Berkaitan

  • Honor 70 tiba minggu hadapan, miliki sensor kamera terbaru Sony IMX800
  • Honor 70: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Honor Malaysia ada cara untuk pengguna dapatkan kad Touch n Go NFC dengan mudah
Tags: honorHonor 70Touch n GoTouch n Go NFC
Najib

Najib

POPULAR

Honor 70 x Touch n Go NFC Edisi terhad, dapat 5 hadiah percuma pada harga yang sama

Honor 70 x Touch n Go NFC Edisi terhad, dapat 5 hadiah percuma pada harga yang sama

25 October 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER