• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tablet PerantiSiswa dikatakan Annuar Musa dilengkapi ciri penjejak. Adakah penerima tahu tentangnya?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:11 am
  • 26/10/2022
  • Komen
Tablet PerantiSiswa mula diedarkan. Ia nampak lebih baik daripada jangkaan
Share on FacebookShare on Twitter

Tablet PerantiSiswa kini sedang giat diedarkan kepada penerima. Menurut berita terkini, seramai 350 ribu penerima bakal merasai manfaat daripada Samsung Galaxy Tab A8 LTE yang akan menolong mereka sewaktu pembelajaran. Namun begitu, dilaporkan bahawa segelintir penerima menjual semula tablet tersebut yang secara jelas melanggar Terma & Syarat inisiatif PerantiSiswa.

Tablet PerantiSiswa mula timbul di Carousell dan Facebook Marketplace, salah siapa?



Sehubungan dengan itu, Men-KOMM, Tan Sri Annuar Musa telah menzahirkan rasa kecewa dengan tidakan segelintir penerima itu. Dia mengingatkan semula yang tablet ini diperuntukkan kepada pelajar golongan B40 untuk kegunaan peribadi sahaja.

Dia juga menekankan kembali yang pihak mereka mampu untuk menjejak dan mengenal pasti individu yang telah menjual tablet itu. Sebanyak 14 kes telah dilaporkan sama ada melalui aduan awam dan pemantauan sendiri. Pihak pengelola inisatif PerantiSiswa memanda kes ini secara serius dan akan mengambil tindakan sewajarnya.



MenKOMM @AnnuarMusa said the #PerantiSiswa tablets come with a built-in tracking system. They will know if it’s used in campus or used by those who don’t deserve it. Selling of tablets is against the terms of the programme. https://t.co/8YpjciOji1 pic.twitter.com/pAVauxdSA4

— SoyaCincau (@Soya_Cincau) October 25, 2022

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan sewatu satu sidang media, tablet PerantiSiswa hadir dengan APP yang sedia terpasang untuk tujuan penjejakan. Ia boleh digunakan untuk memeriksa sama ada tablet itu berada di kampus ataupun di lokasi lain, atau digunakan oleh individu yang tidak sepatutnya. Pihaknya tidak menolak untuk mengambil langkah mendedahkan identiti individu yang melanggar Terma & Syarat inisiatif PerantiSiswa.

Ini prabayar data terbaik untuk tablet PerantiSiswa anda daripada telco utama Malaysia

Apabila ditanya lebih lanjut tentang ciri penjejak ini. Beliau menjejaskan ia tidaklah akan digunakan untuk menjejaskan ruang peribadi penerimanya sebaliknya lebih kepada kegunaan di waktu kecemasan sekiranya peranti hilang. Dia juga menambah yang ciri itu kini merupakan satu standard dalam gajet-gajet modern hari ini dan tidaklah ekslusif kepada tablet PerantiSiswa.

Video buka kotak PerantiSiswa tular, cuba lihat logo boot-up tablet ini

Walaupun tidak menamakan ciri penjejak itu, kami rasakan yang ia adalah ciri Find My Mobile daripada Samsung. Ia membolehkan kita mencari sesuatu peranti menggunakan jaringan ekosistem Samsung yang luas.

Tags: kommmen-kommperantisiswa
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Unifi Mobile turunkan lagi had FUP dan kuota hotspot pelan prabayar tanpa had

4 Februari 2023
TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

TIME lancar MyKabel, pelan 100Mbps hanya RM69 tetapi khas di lokasi B40 ini sahaja

4 Februari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Tablet PerantiSiswa mula diedarkan. Ia nampak lebih baik daripada jangkaan

Tablet PerantiSiswa dikatakan Annuar Musa dilengkapi ciri penjejak. Adakah penerima tahu tentangnya?

26 Oktober 2022
Pengguna Yoodo bakal nikmati 5G sebelum Maxis?

Pengguna Yoodo bakal nikmati 5G sebelum Maxis?

3 Februari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER