• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga permainan di Steam akan naik sehingga 42% di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 10:27 am
  • 27/10/2022
  • Komen
Harga permainan di Steam akan naik sehingga 42% di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Kaki gaming di komputer pastinya sangat kenal dengan Steam, platform pembelian pelbagai tajuk permainan dan perisian. Ia menjadi kegemaran ramai kerana harga permainan yang selalunya lebih murah daripada biasa, lebih-lebih lagi bila ada jualan istimewa.

Apa yang menjadikan Steam lebih menarik, adalah kadar harga yang berbeza mengikut negara. Pengguna tidak tertakluk kepada tukaran Dolar US, menjadikan harganya tidak banyak terkesan jika nilai Ringgit Malaysia jatuh berbanding Dolar US. Sebab itu, kebanyakan harga permainan Steam di Malaysia, jauh lebih murah berbanding tukaran terus di Amerika Syarikat atau Eropah.



Valve umum kenaikan kadar harga Steam

Bagaimanapun, disebabkan inflasi yang melonjak tinggi di seluruh dunia memaksa Valve untuk membuat pengumuman tentang kenaikan kadar harga mengikut negara. Valve telah membuat senarai peringkat harga dan kadar kenaikannya berbanding Dolar US.

Ringgit Malaysia turut terkesan dengan kenaikan ini, tetapi ada beberapa matawang tidak terlibat, antaranya Dolar Singapura. Kenaikan sehingga 42% dikenakan untuk Ringgit Malaysia bagi pembelian di Steam tidak lama lagi.



Berikut adalah senarai harga cadangan baru untuk Ringgit Malaysia di Steam:

Kenaikan harga ini sebenarnya telah dilaksanakan dan jika ada yang belum, ia akan dikenakan tidak lama lagi. Tetapi Valve tidak akan mengenakan harga baru ini sendiri, sebaliknya memberi kebebasan kepada penghasil permainan video untuk mengemaskini harga produk mereka, berdasarkan harga cadangan baru ini. Malah, Valve tidak pernah mendenda sesiapa yang tidak menuruti kadar harga mengikut negara sebelum ini.

Adakah akan ada lagi kenaikan untuk pengguna di Malaysia selepas ini? Apple Malaysia baru sahaja mengenakan harga lebih tinggi untuk langganan Apple One, Apple Music dan Apple TV+ mereka. Bersiap sedialah berhadapan dengan pengumuman lain tidak lama lagi.

[Sumber: Steam]

Tags: Steamvalve
Najib

Najib

POPULAR

Harga permainan di Steam akan naik sehingga 42% di Malaysia

Harga permainan di Steam akan naik sehingga 42% di Malaysia

27 October 2022
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

Vivo V70 FE Malaysia: Telefon bawah RM2,000 dengan bateri 7,000mAh dan kamera 200MP

10 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN