• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Infinix akan lancar dua telefon baru di bawah RM600?

  • OLEH Najib
  • 3:59 pm
  • 27/10/2022
  • Komen
Infinix akan lancar dua telefon baru di bawah RM600?
Share on FacebookShare on Twitter

Baru selesai melancarkan telefon ‘Anti Lag Lag’ Note 12 2023, Infinix Malaysia tidak mahu berhenti di situ. Satu lagi telefon pintar mampu milik keluaran Infinix, akan dilancarkan di sini tidak lama lagi.

Kali ini, Infinix tidak mahu berselindung dengan menyatakan terus tarikh dan model yang akan dilancarkan. Telefon baru ini adalah siri Infinix Hot 20 dan majlis pelancarannya akan diadakan pada hari Khamis, 3 November 2022. Buat masa ini, Infinix belum berkongsi bagaimanakah majlis pelancaran ini akan diadakan.



Berapa model Infinix Hot 20 akan dilancar?

Dalam kenyataan Infinix Malaysia, terdapat dua model akan dilancarkan kelak. Untuk perbandingan, siri Infinix Hot 20 memiliki lima model iaitu Hot 20, Hot 20S, Hot 20i, Hot 20 5G, Hot 20 Play. Serta ada dua model dengan edisi khas Free Fire. Model yang akan dilancarkan di Malaysia adalah Hot 20 dan Hot 20i.

Infinix Hot 20

Bagi Infinix Hot 20, ia akan dikuasakan cip Mediatek Helio G85 bersama RAM 6GB dan storan dalaman 128GB. Model ini ada skrin berlubang yang besar, 6.82-inci HD 90Hz serta kamera utama 50MP F1.6 dilengkapi teknologi Super Nightscape. Malah, ia dikatakan ada fungsi NFC. Mungkin ini telefon NFC paling murah di Malaysia nanti.



Infinix Hot 20i pula adalah peranti lebih mampu milik, menggunakan cip Mediatek Helio G25. Skrinnya seluas 6.6-inci HD, dikatakan memiliki kecerahan tinggi.

Infinix Hot 20i

Kedua-dua telefon pintar ini dijangka akan dijual di Malaysia di bawah RM600, memandangkan Infinix Note 12 2023 128GB yang lebih hebat berharga RM799 sahaja. Di Thailand, Infinix Hot 20i telah dilancarkan dan dijual pada harga THB 3,699 (~RM462) bagi model 64GB dan THB 3,999 (~RM499) untuk 128GB.

Nantikan maklumat lanjut tentangnya daripada kami pada hari pelancarannya.

Bacaan Berkaitan

  • Infinix Hot 10S tiba dengan skrin besar 90hz pada harga mampu milik
  • Infinix Note 12 2023: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Diskaun RM100 untuk Infinix Note 12 2023 lebih besar selama tiga hari
  • Infinix Note 12 G96 & G88, skrin AMOLED berharga di bawah RM1,000
Tags: InfinixInfinix Hot 20Infinix Hot 20i
Najib

Najib

POPULAR

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

Honda WR-V akan dilancar di Malaysia, SUV kompak pesaing Perodua Ativa dan Proton X50

20 Mac 2023
Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

Blueshark R1 Malaysia: Skuter elektrik patuh JPJ, cukai jalan percuma ditawar bermula RM7,190

21 Mac 2023
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

1 Disember 2022
Ini rahsia bagaimana bateri Galaxy Z Flip4 boleh tahan siang ke malam

Nak telefon unik dengan pelekat & warna idaman? Semuanya boleh dengan Galaxy Z Flip4 Bespoke

1 Disember 2022
Infinix akan lancar dua telefon baru di bawah RM600?

Infinix akan lancar dua telefon baru di bawah RM600?

27 Oktober 2022
5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

5 Terbaik: Jalur Lebar Tetap Paling Berbaloi Untuk Bajet RM150

22 Mac 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER