• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung lapor untung mereka susut 23%, mujurlah ada siri Galaxy Z kurangkan impak

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:58 pm
  • 27/10/2022
  • Komen
Samsung tunda penghasilan SoC 3nm ke 2023, TSMC tak lengah ambil peluang
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung telah menerbitkan laporan perolehan mereka untuk Suku 3 2022 yang berakir 30 September 2022. Gergasi Korea itu mencatatkan perolehan sebanyak KRW76.78 trillion (RM260 billion) untuk suku yang dinayatakan. Daripada segi keuntungan, mereka mengaut sebanyak KRW10.85 trillion (RM36 billion) yang merupakan 23% lebih rendah daripada suku sebelumnya ataupun 31.4% lebih rendah berbanding suku yang sama tahun 2021.

Berdasarkan laporan kewangan yang sama, pihak mereka memetik beberapa faktor yang menyebabkan keuntungan mereka menyusut. Salah satu daripadanya adalah turunnya permintaan terhadap barangan seperti memori, TV, dan telefon secara umumnya.



Siri Z Fold4 dan Z Flip4 mencatatkan pertumbuhan saujana berbanding generasi sebelumnya

Walaupun permintaan telefon menurut, ada satu siri telefon yang melonjak naik permintaannya iaitu Galaxy Z Fold 4 dan Z Flip 4. Kedua-dua model itu mencatatkan pertumbuhan jauh lebih baik daripada generasi sebelumnya. Tak terhenti di situ, siri Galaxy S22 juga menunjukkan momentum yang baik daripada segi penjualan. Selain itu, satu lagi jabatan yang mencatatkan keuntungan besar adalah di pengeluaran cip pemproses.

Permintaan terhadap TV Samsung dilaporkan menurun

Dalam laporan yang sama juga, Samsung menggariskan beberapa tindakan yang sedang diusahakan mereka bagi mempertingkat perolehan syarikat. Contohnya, mereka akan memfokuskan kepada penjualan telefon flagship iaitu peranti boleh lipat dan juga siri S. Mereka juga ingin mengukuhkan kedudukan mereka dalam segmen tablet premium berskrin besar disamping mengekalkan pertumbuhan untuk pernati boleh pakai.



Sumber: Samsung

Tags: samsung
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Samsung tunda penghasilan SoC 3nm ke 2023, TSMC tak lengah ambil peluang

Samsung lapor untung mereka susut 23%, mujurlah ada siri Galaxy Z kurangkan impak

27 October 2022
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN