• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Arm dilapor ubah cara perlesenan yang dilihat bakal rencat pembangunan cip seperti Apple Bionic, Google Tensor, dan lain-lain

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:03 am
  • 31/10/2022
  • Komen
Arm dilapor ubah cara perlesenan yang dilihat bakal rencat pembangunan cip seperti Apple Bionic, Google Tensor, dan lain-lain
Share on FacebookShare on Twitter

Arm dan Qualcomm kini sedang bertembung di mahkamah. Diceritakan yang Arm telah menyaman Qualcomm kerana tidak mematuhi kontrak perjanjian penggunaan teknologi Arm dalam penghasilkan cip pemproses khususnya pada pembayaran royalti oleh salah satu anak syarikat Qualcomm, Nuvia.

Nuvia ialah syarikat yang telah diambil alih oleh Qualcomm awal 2021 lalu.



Dalam perkembangan terbaharu isu saman itu, Qualcomm telah menghantar saman balas kepada pihak Arm dan di dalam dokumen pemfailan tersebut terdapat makluat tentang bagaimana model royalti Arm berjalan.

Seperti yang diterangkan SemiAnalysis, OEM seperti Qualcomm boleh mendapatkan lesen untuk menggunakan seni bina cip yang dibangunkan Arm dengan cara membayar royalti. Ada dua jenis perlesenan biasanya dilakukan iaitu technology licensing agreement (TLA) dan architecture licensing agreement (ALA).



Cip telefon biasanya menggunakan tatacara penghasilan ARM

TLA biasanya diguna pakai oleh OEM telefon yang tidak mempunyai kepakaran membangunkan cip sendiri dan lebih selesa mendapatkan cip sedia siap untuk dimasukkan ke dalam telefon. ALA pula digunakan apbila OEM ingin melakukan customization pada cip dan hanya gunakan skematik seni bina sebagai panduan asas. Contoh yang boleh anda lihat adalah seperti cip Apple Bionic, Google Tensor, Qualcomm Snapdragon, dan yang sedang dibangunkan Samsung iaitu Exynos yang di dalamnya ada GPU AMD.

Daripada segi royalti, TLA akan memberikan perolehan tertinggi kepada Arm berbanding ALA kerana dalam ALA, OEM perlu melabur lebih banyak untuk R&D.

Bionic dan Tensor adalah cip pemroses yang dibangunkan Google berasaskan seni bina ARM

Isu ini timbul apabila Qualcomm mengambil alih Nuvia dan terdapat percampuran paten ALA/TLA antara dua entiti tersebut. Di pihak Qualcomm sudah tentu mereka ingin lakukan suai padan antara ALA dan TLA bagi mengoptimumkan pembayaran royalti pada Arm dan begitu juga di pihak Arm, mereka ingin memaksimumkan keuntungan mereka.

Rupa-rupanya, menurut Qualcomm, Arm telah mengubah sistem TLA dan ALA. Secara ringkasnya, mereka menjual paten secara kombo ataupun pukal. Contohnya, paten CPU perlu dibeli bersama-sama GPU ataupun NPU.

Mediatek mungkin adalah contoh TLA kerana mereka gunakan teras Arm dan juga GPU Arm

Perkara ini dilhat pemerhati akan merencatkan inovasi dalam kalangan pemain industri. Antara yang bakal terkesan adalah cip-cip custom yang dinyatakan sebelum ini. Contohnya Google Tensor menggunakan teras pemproses ARM tapi tapia da pemproses khas yang dipanggil Tensor Processing Unit (TPU).

Exynos pula dilapor akan meninggalakn GPU hasilan ARM iaitu Mali untuk pergi kepada AMD manakala Qualcomm telah sedia menggunakan GPU Adreno mereka.

Sumber: SemiAnalysis, gambar pemuka

Tags: armQualcommsemikonduktor
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Arm dilapor ubah cara perlesenan yang dilihat bakal rencat pembangunan cip seperti Apple Bionic, Google Tensor, dan lain-lain

Arm dilapor ubah cara perlesenan yang dilihat bakal rencat pembangunan cip seperti Apple Bionic, Google Tensor, dan lain-lain

31 October 2022
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER