• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

One UI 5 berasaskan Android 13 sudah tiba untuk Galaxy S22 Ultra di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:21 pm
  • 01/11/2022
  • Komen
One UI 5 berasaskan Android 13 sudah tiba untuk Galaxy S22 Ultra di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda pentingkan kemaskini perisian, tidak syak lagi Samsung adalah pilihan terbaik. Bukan sahaja ia menjamin kemaskini paling panjang, Samsung juga sering menjadi yang terawal melepaskan kemaskini terbaru, selepas Google Pixel. Tetapi telefon Pixel, tidak dijual secara rasmi di Malaysia.

Terbaru, pengguna Samsung Galaxy S22 Ultra 5G dilaporkan telah mula menerima kemaskini sistem operasi (OS) terbaru, One UI 5 berasaskan Android 13. Selain beberapa fungsi baru, ia juga menampilkan antaramuka yang lebih lancar menerusi animasi dan kesan transisi baru.



Di Malaysia, kemaskini One UI 5 ini bersaiz 3.3GB dan pengguna dinasihatkan untuk memuat turunnya menerusi WiFi. Melainkan, ada sambungan 5G yang kini ditawarkan oleh kebanyakan telco di Malaysia sehingga hujung tahun. Di samping itu, kemaskini ini juga menyediakan tampalan kerentanan terkini bertarikh Oktober 2022.

Jika anda selaku pengguna Galaxy S22 Ultra di Malaysia masih belum menerima notis kemaskini ini, anda boleh menyemaknya sendiri secara manual dengan pergi ke Settings > Software Update > Download and Install.



https://youtu.be/nrQpvU6K4Cg

Antara perubahan terbesar di One UI 5 adalah pilihan pengubahsuaian baru untuk kunci skrin, widget dan penggunaan konsep ‘Material You’ yang lebih mendalam. Ia juga menampikkan rekaan yang dikemaskini untuk notifikasi dan gerak isyarat untuk pelbagai tugasan.

Satu fungsi baru yang menarik adalah ‘Extract Text’. Seperti namanya, ia adalah fungsi pengecaman perkataan pintar. Selain itu, Samsung turut membawakan antaramuka keselamatan dan privasi baharu, yang membantu mengesan perisian hasad atau isu keselamatan dan memberitahu pengguna jika ada maklumat peribadi yang mungkin dikongsi menerusi saluran yang tidak dilindungi.

Samsung turut mengemaskini beberapa aplikasi mereka, antaranya Galaxy Wearable, Samsung Kids, PENUP, Samsung Internet, Samsung Health, Smart Things, Samsung Members, Samsung Pay, Calculator, Smart Switch dan Voice Recorder. Aplikasi kamera juga menerima perubahan kecil di mana mengezum menjadi lebih mudah dengan sebelah tangan. Terdapat juga fungsi telefoto untuk menangkap gambar dalam mod Makanan.

Malah, jika anda mahu menghantar telefo untuk dibaiki, One UI 5 kini memiliki mod baik pulih atau ‘Maintenance Mode‘. Ia menyediakan akses yang perlu kepada juruteknik untuk membaiki peranti, sambil mengekalkan maklumat peribadi pengguna di dalam peranti seperti gambar, mesej, kenalan dan lain-lain.

Kenali Galaxy S22 Ultra lebih lanjut menerusi reviu kami di sini.

Bacaan berkaitan

  • Samsung Galaxy S22 Ultra: Jelmaan semula Note 20 Ultra
  • Kenapa susah nak nampak telefon ini di luar sana? | Samsung Galaxy S22 Ultra
  • Harga Galaxy S22 Ultra di Malaysia terdedah!
  • Harga rasmi Samsung Galaxy S22, S22+ & S22 Ultra bersama promosi tempahan awal
  • Pengecas 45W di Galaxy S22+ dan S22 Ultra hampir tiada beza dengan pengecas 25W
Tags: samsungSamsung Galaxy S22Samsung Galaxy S22 Ultra
Najib

Najib

POPULAR

One UI 5 berasaskan Android 13 sudah tiba untuk Galaxy S22 Ultra di Malaysia

One UI 5 berasaskan Android 13 sudah tiba untuk Galaxy S22 Ultra di Malaysia

1 November 2022
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN