• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Uncategorized

Ini projek gila! Xiaomi 12S Ultra Concept boleh dipasang lensa Leica-M

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:56 pm
  • 02/11/2022
  • Komen
Ini projek gila! Xiaomi 12S Ultra Concept boleh dipasang lensa Leica-M
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi telah mengutuskan satu video promosi baharu untuk siri Xiaomi 12S mereka dan ia berkaitan Xiaomi 12S Ultra Concept. Xiaomi melakukan modifikasi ke atas varian tertinggi keluarga 12S dalam bentuk ia boleh menerima lensa kamera luaran daripada Leica.

Apa yang Xiaomi lakukan adalah bermula dengan mengubah kedudukan kamera ultralebar untuk menggantikan kamera telefoto di bahagian bawah. Tempat asal kamera ultralebar digantikan dengan sensor 1”. Ia menjadikan Xiaomi 12S Ultra Concept telefon pertama yang ada dua kamera bersensor 1”.



Xiaomi 12S Ultra yang asal ada kamera telefoto di bahagian bawah
Kamera telefoto dibuang, kamera utlralebar dipindahkan ke bawah dan sensor 1″ baharu dimasukkan

Untuk kamera 1” baharu ini, tiada sebarang elemen lensa diberikan kerana ia bakal terima lensa lebih baik. Jadi, Xiaomi melindungi lensa ini dengan kaca nilam untuk keselamatan.

Sensor utama yang terdedah

Bahagian panel kamera menjadi tempat untuk dipasang penyesuai kaki lensa Leica-M. Makanya, telefon ini boleh menerima mana-mana daripada 6 lensa M yang ada dalam katalog siri lensa itu. Tidaklah diketahui bagaimanakah Xiaomi akan menghomologkan telefon ini dengan lensa.



Maksud saya, Leica-M adalah lensa untuk kamera siri M yang bersenfor Full Frame. Sudah tentu akan ada faktor krop yang superbesar terlibat dengan hasil foto ataupun video daripada sensor 1” Xiaomi. Kemudian, pastinya aka nada pertembungan antara sistem autofokus telefon dan sistem manual fokus lensa.

Salah satu solusi yang boleh saya fikirkan adalah hanya fokus ke infiniti sahaja boleh digunakan pada telefon dan tugasan memfokus dilakukan menggunakan gelang fokus di lensa.

Satu lagi perkara yang membingunkan adalah, disebabkan Xiaomi telah buang semua elemen lensa daripada kamera utama, makanya tanpa lensa Leica-M, kamera utama Xiaomi ini mati terus. Adakah anda tahu berapakah harga Leica-M termurah?

Tags: leicaxiaomiXiaomi 12S Ultraxiaomi 12s ultra concet
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Ini projek gila! Xiaomi 12S Ultra Concept boleh dipasang lensa Leica-M

Ini projek gila! Xiaomi 12S Ultra Concept boleh dipasang lensa Leica-M

2 November 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER