• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

AMD lancar siri RX 7000 untuk bertembung dengan Geforce RTX 4000

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:25 am
  • 04/11/2022
  • Komen
AMD lancar siri RX 7000 untuk bertembung dengan Geforce RTX 4000
Share on FacebookShare on Twitter

AMD telah mengumumkan barisan baharu GPU yang dilihat utuk bersaing dengan siri GeForce RTX 4000. Siri RX 7000 sebagai permulaan dianggotai dua model iaitiu Radeon RX 7900 XTX dan RX 7900 XT. Masih lagi menggunakan seni bini RDNA 3, AMD katanya menambah baik rekaan teras ini dan pengguna boleh menjangkakan prestasi kadar bingkai yang sangat kukuh sewaktu bermain dalam resolusi 4K dan 8K.

Keunikan produk yang dilancarkan AMD ini adalah ia pertama di GPU pertama dunia yang menggunakan konsep ciplet dalam pembangunan. Maknanya atas cip pemproses kad grafik ini ada dua subcip yang dibahagikan kepada dua iaitu:



  • Graphic Compute Die (GCD)
  • Memory Cache Die (MCD)

Pendekatan caplet ini membolehkan AMD melakukan suai padan komponen manakah yang sesuai dimasukkan sewaktu mereka cip pemproses dan setiap subcip disambungkan antara satu sama lain menggunakan jambatan dengan jalur berkeluasan 51 teraflops, terpantas dalam pasaran setakat ini.

Perkara menarik yang dikongsikan emreka adalah, subcip boleh bercampur kategori nanometernya. Dalam pembentangan, kitab oleh lihat GCD berada dalam kategori 5nm manakala MCD berada dalam kategori 6nm.



Kad GPU paling berkuasa dilancarkan dalam sesi ini adalah RX 7900 XTX. Antara spesifiaksi yang dikongsikan adalah seperti:

  1. 96 Compute Unit berasaskan RDNA 3
  2. Clockspeed setinggi 2.3 Ghz
  3. Memori 24GB DGGR6
  4. Sokongan DisplayPort 2.1
  5. Encode & Decode AV1 secara langsung
  6. Keperluan kuasa setinggi 355W

Pada sudut berapa baikkah ia berbanding generasi sebelumnya, bersasarkan pembentangan, pengguna kad grafik ini boleh menjangkakan prestasi menokok antara 50% hingga 70% berbanding RX 6950 XT dalam game utama pada resolusi 4K.

RX 7900 XT berada di bawah 7900 XTX daripada segi harierki tapi masih berkuasa tinggi.

Spesifikasi yang bakal anda temukan adalah seperti:

  1. 84 Compute Unit berasaskan RDNA 3
  2. Clockspeed setinggi 2.0Ghz
  3. Memori 20GB GDDR6
  4. Sokongan DispplayPort 2.1
  5. Encode & Decode AV1 secara langsung
  6. Keperluan kuasa setinggi 300W

Buat yang berminat untuk dapatkannya, kedua-dua kad ini akan dijual dalam pasaran terpilih seawal 13 Disember. 7900 XTX diberikan tanda harga USD999 (RM4,739) manakala 7900 XT diberikan tanda harga USD899 (RM4,265).

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: amdAMD Radeonamd radeon rx 7900 xtamd radeon rx 7900 xtxGPURadeon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AMD lancar siri RX 7000 untuk bertembung dengan Geforce RTX 4000

AMD lancar siri RX 7000 untuk bertembung dengan Geforce RTX 4000

4 November 2022
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER