• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fujifilm X-T5 nyata ditambah baik berbanding sebelumnya, kini diperkasa sensor 40MP

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:14 pm
  • 04/11/2022
  • Komen
Fujifilm X-T5 nyata ditambah baik berbanding sebelumnya, kini diperkasa sensor 40MP
Share on FacebookShare on Twitter

Fujifilm mengumumkan Fujifilm X-T5, ahli terbaharu dalam siri X. Ia menggantikan Fujifilm X-T4 yang mereka telah lancarkan dalam tahun 2020 dulu. Daripada helaian spesifikasi, model baharu ini nyata ditambah baik berbanding sebelumnya.

Atas kertas spesifikasi, daripada segi fizikal, kamera baharu ini lebih kecil dan ringan berbanding sebelumnya. Namun apa yang menarik adalah bahagian dalamnya. X-T5 menggayakan sensor yang sama boleh anda temui pada Fujifilm X-H2. Sensor yang menggalas tugas mengambil gambar adalan jenis APS-C yang mengandungi 40MP, jauh lebih tinggi berbanding sebelumnya 26MP.



Jelas kamera ni memfokuskan pada gambar pegun berbanding X-T4 yang dulu. Apabila menangkap gambar, kamera ini mampu melakukan tangkapan selanjar sehingga 15 bingkai sesaat menggunakan shutter mekanikal dengan keluasan buffer 119 JPEG.

Pada sudut videografi, yang berubah adalah ia boleh merekam pada resolusi sehingga 6.2K@30fps dengan sedikit crop.



Sistem autofokus adalah bahagian yang juga telah ditambah baik selain daripada sensornya. Ia menggunakan sistem autufokus yang diwarisi daripada X-H2. Ada teknologi AI diguna pakai untuk membidik fokus. Sistem autofokus ini mampu mengenal pasti binatang, burung, kenderaan, motorsikal, kapal terbang, dan kereta api.

Namun, Fujifilm masih menggunakan pemfokusan jenis pengesanan fasa sedangkan jenama lain sudah menerokasi sistem dwipiksel. Lagi yang berubah adalah skrin boleh kilasnya. Ia kini ada paksi tambahan untuk dikilas. Maknanya, skrin boleh dikilas  menghadap ke depan.

Buat yang berminat untuk memilikinya, harga untuk pasaran Malaysia sudahpun ada, seperti berikut:

  • Fujifilm X-T5 (badan sahaja) – RM8.648
  • dengan lensa 18-55mm – RM10,688
  • dengna lensa 16-80mm – RM11,198

Promosi tempahan awal sudahpun dibuka sehingga 13 November 2022. Hadiah yang diberikan agak lumayan, bernilai RM2,532. Antara yang bakal anda terima adalah:

  • 2 unit kad SD 256GB
  • 1 unit baiter NP-W235
  • Beg Manfrotto Advanced A3
  • Pemacu kilat
  • Pelitup muka
  • Baucar lensa RM200
  • Jaminan tambahan selama 1 tahun

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: fujifilmfujifilm x-t2kamera
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Fujifilm X-T5 nyata ditambah baik berbanding sebelumnya, kini diperkasa sensor 40MP

Fujifilm X-T5 nyata ditambah baik berbanding sebelumnya, kini diperkasa sensor 40MP

4 November 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN