• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei MatePad SE 10.4: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 6:52 pm
  • 04/11/2022
  • Komen
Huawei MatePad SE 10.4: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei Malaysia memperkenalkan barisan baru tablet mereka dan salah satu darinya adalah Huawei MatePad SE 10.4. Ia menjalankan sistem operasi HarmonyOS 3 dan ditawarkan dalam varian LTE dan WiFi.

Huawei turut menyediakan hadiah percuma untuk pembeli terawal dalam tempoh terhad.



Harga rasmi dan promosi

Tablet Huawei terbaru ini dijual di Malaysia dengan harga rasmi seperti berikut:

  • Huawei MatePad SE 10.4 WiFi (RAM 4GB + Storan 128GB) – RM999
  • Huawei MatePad SE 10.4 LTE (RAM 4GB + Storan 64GB) – RM999

Khas untuk pembeli terawal dari 5 hingga 30 November 2022, akan turut menerima hadiah percuma bernilai lebih RM300 iaitu sarung lipat dan ganajran HMS, dalam bentuk langganan VIP huawei Video+ selama sebulan, 2 Pas Huawei Video Movie, langgan Mango TV selama sebulan, langganan Huawei Music Premium selama 3 bulan, dan kredit buku sebanyak USD1.



Pembeli yang berminat, boleh mendapatkannya di Stor Rasmi Huawei Malaysia, serta di Lazada dan Shopee.

Spesifikasi Huawei MatePad SE 10.4

Nama SE padanya merujuk kepada spesfikasi lebih rendah berbanding model sebelum ini. Kuasa penggerak utama menggunakan cip Snapdragon 680 dan ada 4G untuk model LTE. RAM sebesar 4GB dan storan 64GB bagi model LTE, serta 128GB untuk model WiFi.

Skrinnya serupa, seluas 10.4-inci IPS LCD pada resolusi 2k (1200×2000). Sepsifikasi yang menurun adalah pada kamera. Untuk kamera hadapan, ia terletak di dalam bingkai tebal di atas skrin, menggunakan sensor 2MP. Manakala kamera belakang dengan sensor 5MP sahaja.

Selain itu, bateri juga lebih kecil dan pengecas lebih perlahan. Kapasiti bateri di dalamnya cuma 5,100mAh dan menyokong pengecasan 10W melalui USB-C. Speaker masih stereo di kiri dan kanan.

Dengan harga di bawah RM1,000, MatePad SE 10.4 cuba bersaing dengan angkatan tablet seperti Redmi Pad dan Honor Pad X8. Tetapi paling penting, Huawei masih tiada sokongan Google Mobile Services dan tidak boleh memasang aplikasi Google di dalamnya secara rasmi.

Bacaan Berkaitan

  • Huawei MatePad 10.4 diperbaharui dengan prestasi menurun dan harga lebih mahal
  • Honor lancar tablet lebih murah dan laptop 16 inci baru
  • Redmi Pad perkenal skrin 90Hz dan empat speaker di tablet bawah RM1000
Tags: HuaweiHuawei MatePad SE
Najib

Najib

POPULAR

Huawei MatePad SE 10.4: Maklumat penjualannya di Malaysia

Huawei MatePad SE 10.4: Maklumat penjualannya di Malaysia

4 November 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

BYD Atto 3 Malaysia: Pemilik dakwa kereta brek mengejut dengan sendiri & sistem kuasa gagal di lebuhraya

6 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER