• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jadi penguji Beta Realme UI 4 sekarang dan cara menangi Realme GT Neo 3

  • OLEH Najib
  • 6:05 pm
  • 04/11/2022
  • Komen
Jadi penguji Beta Realme UI 4 sekarang dan cara menangi Realme GT Neo 3
Share on FacebookShare on Twitter

Sistem Android 13 terbaru, telah tiba untuk beberapa peranti seperti Google Pixel dan Samsung Galaxy S22. Pengguna Realme perlu menunggu sedikit masa tetapi anda boleh menyertai ujian Beta tidak lama lagi.

Realme kini menjemput pengguna untuk menyertai program BETA Realme UI 4. Ia adalah sistem operasi terbaru untuk peranti Realme, dibina berasaskan Android 13. Dengan menyertai program ini, pengguna boleh menjadi yang pertama menguji ciri-ciri baru yang akan terdapat di Realme UI 4 kelak.



Program Beta Realme UI 4 dibuka mulai 2 November 2022. Ia disediakan untuk pemilik peranti flagship Realme GT sahaja iaitu Realme GT Neo 3, Realme GT 2 Pro dan Realme GT Neo 2. Slot program juga terhad, jadi pengguna yang bertuah sahaja berpeluang menyertainya.

Realme GT Neo 3
Realme GT 2 Pro
Realme GT Neo 2

Jika berminat, anda boleh mendaftar untuk menjadi pengguna bertuah tersebut melalui cara ini:



  1. Daftar nombor IMEI telefon di borang Google Form di sini.
  2. Jika pendaftaran berjaya, pengguna akan menerima kemaskini perisian di peranti dalam masa 7 hari untuk menguji Realme UI 4.0 BETA.
  3. Mereka yang menyertai, boleh memberi maklum balas dan cadangan tentang versi BETA ini menerusi log Realme Bug Feedback.

Hantar idea kreatif anda untuk Realme UI 4 Widget

Selain itu, Realme juga menjemput peminat untuk menyertai kempen 2022 realme UI Widget Co-Creation. Peminat diminta untuk menghantar idea menarik dan kreatif mereka tentang widget yang patut ada untuk Realme UI 4.0. Ini juga peluang untuk menjadikan idea mereka kenyataan ke dalam produk Realme yang akan datang.

Penyertaan dibuka antara 15 hingga 28 November 2028. Syarat penyertaan dan cara menghantar boleh dirujuk di sini.

Nama pemenang akan diumumkan pada 8 Disember 2022. Idea yang menarik akan dipilih untuk membawa pulang hadiah iaitu telefon pintar Realme GT Neo 3 serta badge eksklusif Realme Community.

Tunggu apa lagi, hantarkan idea kreatif anda tentang widget untuk Realme UI 4.0 sekarang.

Bacaan Berkaitan

  • Android 13 akan susahkan pemasangan aplikasi pihak ketiga dan ia baik untuk pengguna
  • Android 13 ada fungsi mendengar anda mengigau, jadi berhati-hatilah
  • Realme GT Neo 2 dengan RAM 12GB ada harga promosi di bawah RM2,000
  • Realme GT Neo 3, Buds Air 3 Blue & Buds Q2s: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Realme GT2 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
Tags: android 13Realmerealme uiRealme UI 4
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Jadi penguji Beta Realme UI 4 sekarang dan cara menangi Realme GT Neo 3

Jadi penguji Beta Realme UI 4 sekarang dan cara menangi Realme GT Neo 3

4 November 2022
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER