• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siri Huawei Mate 50: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:42 am
  • 04/11/2022
  • Komen
Siri Huawei Mate 50: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Huawei telah melancarkan dua flagship terbaharu dalam siri Mate mereka ke dalam pasaran Malaysia. Duo yang diperkenalkan kepada pengguna kita adalah Huawei Mate 50 Pro dan Huawei Mate 50.

Harga siri Huawei Mate 50 di Malaysia

Kedua-dua model Huawei Mate 50 Pro dan Mate 50 sudah dibuka tempahannya sehingga 11 November 2022 ini. Buat yang berminat untuk berolehnya bolehlah lakukan tempahan awal di laman dalam talian Lazada ataupun Shopee serta di semua pengedar sah jenama itu di seluruh negara seperti Harvey Norman, Senheng, dan Urban Republic.



Berikut adalah harga jualan siri Huawei Mate 50 di Malaysia:

  • Huawei Mate 50, RAM 8GB, Storan 256GB – RM3,699
  • Huawei Mate 50 Pro, RAM 8GB, Storan 256GB – RM4,499
  • Huawei Mate 50 Pro Orange Vegan Leather Edition, RAM 8GB, storan 512GB – RM5,299

Spesifikasi Huawei Mate 50 Pro

Ini adalah varian yang paling premium dalam kalangan yang dilancarkan. Di bahagian muka, telefon ini dilengkapi paparan sebesar 6.74” menggunakan panel daripada jenis OLED yang melengkung di bahagian sisi serta memiliki resolusi 2616 x 1212p.



Sebagai perlindungan daripada calar, Huawei melapisi paparan ini dengan kaca bukan daripada pengeluar Corning Gorilla Glass, tapi pelindung hasilan sendiri iaitu Kunlun.

Di atas papan utama, telefon ini diperkasa SoC Snapdaragon 8+ Gen 1 yang bergandingan dengan RAM 8GB serta storan sehingga 512GB. Kekurangan telefon ini berbanding flagship lain di Malaysia adalah ia tidak menyokong rangkaian 5G dan ia juga tiada Google Mobila Services (GMS) sebaliknya telefon ini menjalankan EMUI 13.

Pada siri Mate 50 ini, Huawei membawakan sesuatu yang unik. Di bahagian kamera utamanya, anda boleh temui kamera utama yang ada bukaan apertur boleh laras. Kamera utama 50MP ini boleh berubah bukaan apertur sama ada F1.4 ataupun F4.0. Selain kamera itu, anda juga akan menemui kamera ultralebar 13MP dan kamera telefoto 64MP ada zum optikal sejauh 3.5x.

Untuk berselfie, anda boleh gunakan kamera 13MP.

Membekalkan kuasa kepada komponen elektronik telefon ini adalah sistem bateri berkapasiti 4,700mAh dan ia boleh dicas pantas menggunakan pengecas berkabel pada 66W ataupun pengecas wayarles pada kadar 50W.

Spesifikasi Huawei Mate 50

Untuk versi lebih mampu milik, Huawei menyediakan Huawei Mate 50. Telefon ini tiada skrin melengkung seperti versi Pro tapi skrinnya tetap besar pada 6.7”. Panel paparan yang digunakannya adalah daripada jenis OLED beresolusi 2700 x 1224 dengan kadar segar semula 90Hz.

Di bahagian papan utama, telefon ini diperkasa cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang sama serta gandingan RAM 8GB dan storan sehingga 256GB. Sama seperti varian pro, telefon ini tidak menyokong 5G dan tiada GMS.

Kamera utama dengan apertur boleh laras 50MP juga boleh ditemukan pada telefin ini bersama-sama kamera ultralebar 13MP dan kamera telefoto 12MP yang ada jarak jagkauan 5x. Kamera selfie pula adalah yang berjenis 13MP.

Di bahagian lain, Huawei Mate 50 dilengkapi tangka bateri 4,460mAh dengan pengacasan pantas 66W berkabel dan 50W tanpa kabel.

Tags: androidemuiHuaweihuawei mateHuawei Mate 50Huawei Mate 50 Protelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Siri Huawei Mate 50: Maklumat penjualannya di Malaysia

Siri Huawei Mate 50: Maklumat penjualannya di Malaysia

4 November 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER