• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KitaJaga dikemaskini, lebih mudah dapatkan bantuan banjir melalui Twitter

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:55 pm
  • 10/11/2022
  • Komen
KitaJaga dikemaskini, lebih mudah dapatkan bantuan banjir melalui Twitter
Share on FacebookShare on Twitter

KitaJaga merupakan aplikasi yang sangat berguna untuk hulur dan dapatkan bantuan, terutama sekali ketika banjir. Untuk anda yang tidak biasa dengan aplikasi ini, ia mula diperkenalkan kepada masyarakat sewaktu PKP dahulu iaitu ketika inisiatif kempen bendera putih mendapat perhatian orang ramai. Baru-baru ini, Terato Tech Sdn. Bhd. telah lancarkan aplikasi KitaJaga versi 2.0 dengan kemaskini penting termasuklah kempen Banjir Watch yang dipertingkatkan.

KitaJaga 2.0 ini menyediakan persekitaran yang lebih selamat di mana pengguna perlu daftar dan buat profil sebelum mereka dibenarkan akses aplikasi tersebut. Selain itu, ia turut memperkenalkan ciri sembang untuk membolehkan pengguna menghubungi individu yang mencari bantuan (Helpee) menggunakan kotak sembang tanpa mendedahkan nombor telefon atas sebab privasi.



Mulai sekarang, KitaJaga menjadikan Banjir Watch hanya boleh diakses melalui aplikasi mudah alih dan tidak lagi melalui laman web. Langkah ini untuk bantu meningkatkan pengalaman pengguna dengan membenarkan mereka terima pemberitahuan situasi banjir dengan cepat terus dari telefon dan dapatkan pin lokasi dengan lebih tepat.

Ciri baru utama yang diperkenalkan dalam Banjir Watch ialah:



Pemberitahuan Banjir Watch berbilang lokasi: Ciri ini membolehkan pengguna pantau keadaan banjir di berbilang lokasi menggunakan satu profil. Aplikasi ini akan berikan notifikasi kawasan yang terjejas setiap 15 minit.

Twitter – Pin Automatik KitaJaga: Sesiapa sahaja kini boleh tweet di Twitter untuk dapatkan bantuan, kemudian aplikasi KitaJaga akan hasilkan pin tersebut. Untuk gunakan ciri ini, pengguna perlu sediakan nama, lokasi dan jenis bantuan yang diperlukan serta tag @banjirwatch di Twitter. Seterusnya pin akan dibuat secara automatik pada aplikasi KitaJaga.

Pembantu Organisasi: Ciri ini akan memudahkan organisasi berikan bantuan mereka di KitaJaga dengan memasukkan nama organisasi semasa menawarkan bantuan.

Selain ciri di atas, kempen KitaJaga Banjir Watch juga mempunyai fungsi baharu seperti memaparkan makluman banjir dengan kod warna untuk tahap Makluman, Amaran dan Bahaya. Ia akan kelihatan sebaik sahaja aplikasi KitaJaga dilancarkan.

Anda boleh muat turun aplikasi KitaJaga di Android dan iOS sekarang sebagai langkah persediaan menghadapi banjir, tidak kira sama ada untuk sediakan bantuan atau dapatkan bantuan. Uar-uarkan juga aplikasi ini kepada kenalan anda supaya mereka juga boleh manfaatkannya bersama.

[Sumber: Kitajaga.co]

Tags: banjirKita Jaga
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

KitaJaga dikemaskini, lebih mudah dapatkan bantuan banjir melalui Twitter

KitaJaga dikemaskini, lebih mudah dapatkan bantuan banjir melalui Twitter

10 November 2022
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER