• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung turunkan harga beberapa tablet mereka termasuklah Tab S8 Ultra

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:37 pm
  • 15/11/2022
  • Komen
Pacu Produktiviti Pasca Pandemik dengan Galaxy Tab S8 Ultra
Share on FacebookShare on Twitter

Buat anda yang sedang mencari sebuah tablet Android, di sini kami nak maklumkan yang Samsung telah melakukan penyelarasan harga ke atas 4 buah tablet mereka. Daripada info yang dikongsikan, penurunan harga sehingga RM500 boleh anda dapati. 4 tablet yang terlibat adalah.

  1. Galaxy Tab S6 Lite
  2. Galaxy Tab S8
  3. Galaxy Tab S8+
  4. Galaxy Tab S8 Ultra

Daripada senarai itu, Galaxy Tab S8 Ultra adalah yang paling berkuasa dalam kalangan empat tablet tersebut. Ia kini dijual dengan tanda harga baharu RM5,399. Tablet dalam kategori flagship ini memiliki paparan sebesar 14.6” dan diperkasa Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1. Saiznya yang gergasi diperlengkap dengan bateri yang juga gergasi iaitu pada 11,200mAh.



Galaxy Tab S8 Ultra

Dua lagi siri Galaxy Tab S8 juga diperkasa Snapdragon 8 Gen 1. Beza antara mereka adalah pada saiz skrin, kapasiti bateri, dan beberapa lagi bahagian.

Tablet paling murah dalam senarai ini adalah Galaxy Tab S6 Lite yang kini dijual pada harga RM1,249. Buat yang sedang mencari tablet dalam kategori mampu milik, ini mungkin salah satu pilihan yang baik kerana ia menyokong input S Pen. Tab S6 Lite ada panel paparan 10.4” dan diperkasa Exynos 9611. Bateri yang membekalkan tenaga kepada perkakasan elektronik gajet ini adalah yang sebesar 7,040mAh.



Galaxy Tab S6 Lite

Sumber: Samsung

Tags: samsungSamsung Galaxy Tab S6 LiteSamsung Galaxy Tab S8samsung galaxy tab s8 ultrasamsung galaxy tab s8+
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Pacu Produktiviti Pasca Pandemik dengan Galaxy Tab S8 Ultra

Samsung turunkan harga beberapa tablet mereka termasuklah Tab S8 Ultra

15 November 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022
Anda boleh bergambar dalam sudut senget, serong, miring atau terbalik dengan telefon ini

Dapatkan pelbagai sudut gambar menarik guna Galaxy Z Flip4 tanpa bantuan tripod & orang lain

13 November 2022
Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

Samsung Wallet kini di Malaysia, periksa telefon anda untuk kemas kini

30 Januari 2023

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER