• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp boleh dipautkan pada 4 telefon Android serentak?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:03 pm
  • 15/11/2022
  • Komen
WhatsApp boleh dipautkan pada 4 telefon Android serentak?
Share on FacebookShare on Twitter

Umum ketahui satu akaun WhatsApp tidak boleh dipautkan pada banyak telefon dalam satu masa yang sama. Platform tersebut jelas tidak sama seperti Telegram yang boleh dibuka di banyak peranti serentak.

Namun kini, WhatsApp membenarkan pengguna beta Android memautkan satu akaun mereka pada sehingga 4 telefon. Melalui versi 2.22.24.18, pengguna beta boleh akses semua ciri WhatsApp seperti biasa pada telefon yang dipautkan, malah sejarah sembang anda juga akan sync (disegerakan) merentasi peranti yang anda pautkan itu. Namun, memandangkan ini adalah versi beta, beberapa ciri mungkin masih tak tersedia, contohnya keupayaan untuk melihat lokasi langsung.



Dalam masa yang sama, mesej dan panggilan peribadi juga masih disulitkan hujung ke hujung walaupun anda menggunakan WhatsApp daripada telefon mudah alih yang dipautkan. Apabila seseorang hantar mesej kepada anda, semua peranti anda akan menerimanya supaya penyulitan sentiasa terpelihara.

Buat masa ini, ciri ini hanya dilancarkan kepada sesetengah pengguna beta. Pelancaran yang lebih luas mungkin akan mengambil masa.Companion mode boleh diaktifkan dengan cara:



  1. Dalam aplikasi WhatsApp di telefon baru, pergi ke menu pilihan pada skrin pendaftaran
  2. Anda akan nampak pilihan Link a device, tekan pilihan itu
  3. Kemudian imbas kod yang dipaparkan menggunakan WhatsApp di telefon utama

Selain itu, WhatsApp beta terbaru Android juga membawa keupayaan untuk memautkan satu akaun dengan tablet Android. Proses memautkannya juga mudah dan ia dilakukan melalui imbasan kod QR. Perkara yang pengguna tablet perlu lakukan ialah:

  1. Kemaskini atau muat turun WhatsApp di Google Play Store pada tablet
  2. Mulakan aplikasi itu dan ikut arahan yang dinyatakan untuk pautkan akaun

Ciri ini sangat berguna untuk individu yang miliki lebih dari satu telefon tapi mahu menggunakan akaun WhatsApp yang sama di telefon lain. Sekurang-kurangnya, apabila telefon utama digunakan oleh anak untuk menonton kartun, anda masih boleh gunakan telefon kedua untuk baca dan balas mesej WhatsApp.

[Sumber: GSMArena, Wabetainfo]

Tags: whatsapp
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

WhatsApp boleh dipautkan pada 4 telefon Android serentak?

WhatsApp boleh dipautkan pada 4 telefon Android serentak?

15 November 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN