• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Snapdragon 8 Gen 2: Ini senarai pembaharuan yang dibawakan berbanding generasi sebelumnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:34 am
  • 16/11/2022
  • Komen
Snapdragon 8 Gen 2: Ini senarai pembaharuan yang dibawakan berbanding generasi sebelumnya
Share on FacebookShare on Twitter

Snapdragon telahpun mendedahkan cip flagship terbaharu mereka kepada khalayak ramai iaitu Snapdragon 8 Gen 2. Seperti biasa, apabila merentasi generasi, sudah tentu ada beberapa naik taraf signifikan yang dibawakan oleh pengeluar cip tersebut.

Mari saya kongsikan apa yang baharu dengan Snapdragon 8 Gen 2.



Ada kombinasi teras CPU baharu dan lama

Snapdragon 8 Gen 2 masih lagi menggunakan tatatcara pengeluaran 4nm daripada TSMC sama seperti Snapdragon 8+ Gen 1 tempoh hari, tapi bezanya kali ini adalah jenis teras pengkomputeran yang diberikan padanya. Pada cip terbaharu ini, Qualcomm memasukkan teras Kryo berasaskan ARM Cortex-X3 sebagai teras utama dengan kalajuan sehingga 3.2Ghz.

Untuk kluster berprestasi tinggi dan cekap tenaga, ada perubahan pada kombinasi telah berlaku. Pada teras berprestasi tinggi, pengeluarnya menggunakan campuran dua teras berasaskan Cortex-A715 dan dua teras berasaskan Cortex-A710. Pada teras cekap tenaga pula, sebanyak tiga teras Cortex-A510 digunakan.



Jadinya, tidak semua teras yang digunakan adalah baharu kerana teras berasaskan Cortex-A710 dan A510 sudahpun digunakan pada 8+ Gen 1 tempoh hari.

Dengan kombinasi tersebut, Qualcomm memaklumkan yang cip kali ini 35% lebih pantas dan sehingga 40% lebih cekap tenaga.

Untuk pengetahuan anda, dalam cip tahun ini, teras jimat tenaga kurang sebanyak 1 teras berbanding cip tahun lepas.

GPU baharu dengan sokongan Ray Tracing

Selepas CPU, kita sembang tentang GPU pula. Qualcomm mengatakan ia membawakan 25% naik taraf prestasi dan 45% penjimatan tenaga berbanding GPU sebelum ini. Ya, ada Ray Tracing pada cip ini tapi sokongannya akan diaktifkan di kemudian hari.

Memanglah semua berebut-rebut nak sokong Ray Tracing, tapi setakat ini masih belum ada pembangun permainan yang hadir dengan ciri ini.

Lain-lain yang perlu anda ketahui adalah cip ini diptimumkan untuk enjin permainan Unreal Engine 5 Metahumans. Jadi, ia boleh memproses kandungan jenis fotorealistik manusia. Kemudian, ciri-ciri lain yang biasa adalah seperti HDR Vivid, HDR10, HDR10+ dan Dolby Vision HDR.

Teras NPU paling canggih setakat ini

Untuk hal-hal berkaitan kecerdasan buatan (AI), Qualcomm memaklumkan pada Snapdragon 8 Gen 2 terkandung enjin Qualcomm AI termaju setakat ini. Hasilnya, aplikasi yang melakukan penterjemahan bahasa jadi lebih pantas dan semula jadi.

Di bahagian penggunaan tenaga, angka yang dikongsi Qualcomm adalah ia mencapai paras prestasi per watt tenaga 60% lebih baik berbanding sebelumnya.

Sistem ISP kamera diperkasa super-AI

Qualcomm mengumumkan ini adalah cip pertmaa dunia yang ada pemproses isyarat imej (ISP) jenis kognitif. Hasil memanfaatkan enjin AI termaju, sistem kameranya boleh mengenalpasti subjek dan objek di dalam bingkai gambar secara masa nyata sebelum gambar diambil.

Apabila dikenal pasti, sistem kamera boleh melakukan penyuntingan halus piksel demi piksel bagi menghasilkan gambar bertaraf professional.

Cip ini juga dioptimumkan untuk menyokong sensor pengimejan generasi baharu, salah sautnya adalah ISOCELL HP3, sensor 200MP pertama daripada Samsung dan sensor Sony seperti IMX800 dan IMX989.

Dwi-5G pertama daripada Qualcomm

Lagi yang termaju adalah di bahagian ketersambungannya. Atas cip ini ada modem Snapdragon X70 5G yang diperkasa AI. Peranan AI dalam sambungan 5G adalah untuk mengawal selia sambungan muat turun dan naik bagi menambah baik cakupan, menurunkan latensi, dan mempertingkat kecekapan tenaga.

Ini adalah cip pertama Qualcomm yang menyokong 5G+5g4G Dual-SIM Dual Active. Ia membolehkan dua kad SIM 5G beroperasi serentak. Kemudian, telefon yang diperkasa cip ini akan menyokong Wi-Fi 7, cip pertama dunia yang ada ciri itu.

Telefon Snapdragon 8 Gen 2 diumum sebelum 2022 berakhir

Seperti biasa, soalan seterusnya adalah siapakah yang akan jadi pertama memperagakan cip ini. Menurut Qualcomm, semua jenama-jenama utama sudahpun bersedia untuk memasukkan cip ini didalam telefon masing-masing. Tapi, besar kemungkinan adalah Xiaomi, seperti amalan-amalan sebelumnya.

Tags: chipQualcommQualcomm Snapdragonqualcomm snapdragon 8 gen 2Snapdragon 8 Gen 2SoC
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Snapdragon 8 Gen 2: Ini senarai pembaharuan yang dibawakan berbanding generasi sebelumnya

Snapdragon 8 Gen 2: Ini senarai pembaharuan yang dibawakan berbanding generasi sebelumnya

16 November 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER