• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Instax Square Link, pencetak telefon pintar terbaru yang mampu hasilkan kesan AR

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:19 pm
  • 22/11/2022
  • Komen
Instax Square Link, pencetak telefon pintar terbaru yang mampu hasilkan kesan AR
Share on FacebookShare on Twitter

Fujifilm Malaysia telah lancarkan pencetak telefon pintar baru, Instax Square Link. Ia didatangkan dengan pelbagai ciri yang hebat bersesuaian dengan trend kini, malah ia juga mudah digunakan kerana boleh mencetak gambar terus dari telefon pintar.

Untuk mencetak gambar, anda hanya perlu sambungkan bluetooth di telefon dengan Square Link melalui aplikasi Instax Square Link. Seterusnya gambar dalam format segi empat sama boleh terus dicetak pada kertas filem Instax. 



Mencetak gambar melaluinya mengambil masa 15 saat untuk sekeping filem Instax. Tempoh masa untuk gambar terhasil dari filem pula adalah lebih kurang 90 saat. Instax Square Link didatangkan dengan dua warna iaitu Ash White dan Midnight Green. 

Pengalaman singkat menggunakan Instax Square Link

Bagi saya, Instax Square Link ini menarik disebabkan oleh ciri yang tersedia di dalam aplikasinya. Saya boleh cetak gambar yang kreatif dan unik melalui aplikasi tersebut. Antara ciri utama yang suka di dalam aplikasi ialah Simple Print dan AR Print.



Di bawah ini merupakan hasil gambar Simple Print. Cetakannya ringkas, saya boleh tambah text, pelekat dan filter pada gambar. Bukan itu sahaja, saya juga sebenarnya telah naikkan kecerahan dan besarkan gambar (zoom in) ini menggunakan aplikasi.

Di bawah ini pula adalah hasil dari ciri AR Print. Saya boleh lihat dan hasilkan gambar dengan kesan AR. Ada kod QR disediakan di atas gambar. Siapa yang ada aplikasi Instax Square Link bolehlah imbas kod QR tersebut dan lihat suntingan AR yang sudah saya lakukan pada gambar.

Pendapat saya, jika anda suka simpan gambar fizikal bolehlah anda dapatkan pencetak telefon ini. Bersamanya, anda boleh sunting gambar untuk tampilkan ia lebih unik. Pencetak ini juga ringan dan senang di bawa ke mana-mana.

Tapi, ciri yang ada di dalam aplikasi Instax Square Link hanya boleh diakses oleh penggunanya sahaja, contohnya fungsi AR. Ciri tersebut memang seronok, cuma anda perlu pastikan orang yang terima gambar anda memuat turun aplikasi tersebut dahulu supaya kesan AR yang dihasilkan dapat dilihat. Jika tidak, kesan AR pada gambar tidak boleh diakses.

Anda juga perlu tahu, harganya keras iaitu RM648. Filem pula perlu dibeli secara berasingan dengan harga serendah RM50, ada 10 keping filem dalam setiap kotak. Jika anda ada banyak gambar yang perlu dicetak, maka bayangkanlah berapa ratus perlu anda keluarkan untuk beli filem.

Jika berminat, anda boleh dapatkan Instax Square Link di dalam talian dan melalui pengedar sah Fujifilm seluruh negara. Untuk maklumat lanjut tentang Instax Square Link, anda boleh layari halaman rasminya di sini.

Tags: fujifilm malaysiaInstax Square LinkSquare Link
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Instax Square Link, pencetak telefon pintar terbaru yang mampu hasilkan kesan AR

Instax Square Link, pencetak telefon pintar terbaru yang mampu hasilkan kesan AR

22 November 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER