• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TikTok tiada masalah dengan kebanyakan kandungan 13 Mei

  • OLEH Najib
  • 4:28 pm
  • 22/11/2022
  • Komen
TikTok tiada masalah dengan kebanyakan kandungan 13 Mei
Share on FacebookShare on Twitter

Pilihanraya Umum Malaysia ke-15 (PRU15) telah selesai berlangsung Sabtu lepas tetapi Malaysia masih belum memiliki kerajaan sehingga sekarang. Dalam pada itu, TikTok mula dibanjiri dengan satu kerisauan, 13 Mei.

Video pendek berkaitan 13 Mei dilihat muncul seperti cendawan di TikTok. Ia dimuat naik oleh remaja dan anak-anak muda yang berkongsi tentang tragedi 13 Mei. Jika anda tidak tahu, tarikh 13 Mei 1969 adalah tarikh hitam dalam sejarah Malaysia kerana pertumpahan darah yang mengorbankan nyawa selepas tamatnya PRU tahun itu.



Cubaan memainkan sentimen perkauman dan menaikkan amarah orang ramai ini menimbulkan kerisauan dan banyak diperkatakan di Twitter. Jika diteliti Garis Panduan Komuniti Tiktok, kandungan berbentuk perilaku yang menghasut atau mempromosikan kebencian tidak dibenarkan. Bukan sahaja akan dibuang, malahan akaun ataupun pengguna yang terlibat akan diharamkan daripada TikTok.

Bagaimanapun, berdasarkan maklumat yang rapat dengan perkara ini menyatakan, kebanyakan video TikTok tersebut tidak melanggar garis panduan TikTok. Ia kerana kelakuan video tersebut samar-samar dan tidak menerangkan kelakuan dengan jelas. Seperti menunjukkan peralatan dan berkata tentang Bangsa Melayu. Tiada ancaman yang jelas atau apa yang ingin dilakukan.



Ada sumber lain yang dipercayai menambah, TikTok akan memberi bendera merah untuk video palsu yang memainkan semula video lama dan mengaitkan dengan insiden 13 Mei, atau video yang boleh menimbulkan huru-hara dan mengakibatkan kekacauan. Antara perkara yang diberi perhatian serius adalah ugutan perkauman, menunjuk keris untuk mengancam, menyatakan sebarang kekerasan fizikal atau boleh membawa maut, atau mengajak kumpulan untuk membuat kekasaran.

TikTok sebenarnya agak ketat dalam menghalang video yang dilihat melanggar peraturan mereka. Selain menggunakan kecerdasan pintar (AI) untuk mengesan video tersebut, TikTok juga menggunakan khidmat manusia untuk menyemak secara manual dan menandakan ia berbahaya. Agak hairan apabila TikTok lambat bertindak dalam video palsu berkaitan 13 Mei ini.

Lebih mengejutkan, ada kandungan berbayar boleh ditonton ramai di TikTok yang cuba menimbulkan kemarahan dengan memainkan sentimen 13 Mei. Adakah TikTok sedia melepaskan halangan jika video tersebut dibayar? Kami masih menantikan maklum balas daripada TikTok berkenaan perkara ini.

Bacaan Berkaitan

  • Selepas PRU15, medan TikTok kini kebanjiran kandungan benci kaum. Adakah moderatornya tidur?
  • TikTok bakal lebarkan sayap ke segmen tak bermoral?
  • Penjual di Tiktok kena bayar kos penghantaran lama? Ini jawapan TikTok
Tags: 13 MeiPRU15TikTok
Najib

Najib

POPULAR

TikTok tiada masalah dengan kebanyakan kandungan 13 Mei

TikTok tiada masalah dengan kebanyakan kandungan 13 Mei

22 November 2022
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

BYD Sealion 7 2026 dapat bateri lebih besar, pengecasan lebih pantas dan varian baharu

30 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN