• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Video tular penganut Kristian di Sabah/Sarawak bantah gabungan GPS & PN adalah PALSU

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:36 pm
  • 22/11/2022
  • Komen
Video tular penganut Kristian di Sabah/Sarawak bantah gabungan GPS & PN adalah PALSU
Share on FacebookShare on Twitter

Di Tiktok, ada seorang pengguna dipercayai warga Indonesia telah memuat naik satu video menunjukkan acara rundingan awam yang berlangsung di Kabupaten Karawang, Jawa Barat, Indonesia pada 1 September, 2022. Menerusi video itu, dapat dilihat ada dua individu menjerit kearah pentas menyatakan bahawa isu yang dibincangkan bukan untuk kepentingan rakyat Karawang. Malangnya, video itu disalahguna oleh rakyat Malaysia dan ia telah tular di platform WhatsApp.

@nurdinsyam

♬ suara asli – Mr.Kim – Mr.Kim

Ada yang menerima video ini beserta mesej menyatakan bahawa ia merupakan video penganut Kristian di Sabah dan Sarawak yang tidak gembira dengan hasrat GPS bergabung bersama Perikatan Nasional. Dalam mesej yang diterima itu juga dapat dilhat video berkenaan sudah dikongsikan banyak kali (forwarded many times).



Diruangan komen video Tiktok pula, dapat dilihat ada rakyat Malaysia yakin bahawa ini adalah protes yang berlaku di Sarawak. Namun, ada juga yang yakin menyatakan video itu berlaku di Indonesia.

Anda ada terima video ini? Jika tiada, bagus! Ini bermakna kenalan anda tidak terlibat dengan perkongsian berita palsu. Jika sebaliknya, lebih baik anda sedarkan penghantar mesej dengan perkara sebenar sebelum ia terus menimbulkan salah faham kepada orang ramai.



Sekiranya selepas ini anda terima sebarang video yang dikongsikan dari Tiktok, anda boleh semak kesahihannya dahulu dengan lihat pada akaun asal video itu dimuat naik. Anda boleh periksa sumbernya dari mana, tarikh ia dimuat naik dan semak juga ruangan komen untuk tahu pendapat orang ramai.

Selepas PRU15 berlangsung, tak dinafikan media sosial kini dibanjiri dengan pelbagai kandungan politik termasuklah di Tiktok. Ada berita palsu, ada juga kandungan yang boleh mendatangkan kemarahan orang ramai. Oleh itu, pastikan anda guna media sosial secara berhemah supaya isu ini tidak melarat.

[Sumber: Faqcheck]

Tags: pilihanrayaTikTokwhatsapp
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

Sedang cari pascabayar Internet tanpa had, tanpa FUP, dan jimat RM120? Ini jawapannya

19 Januari 2023
Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

Banyak MacBook terpaksa dijual relai disebabkan cip T2 Apple ini

26 Januari 2023
Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

Cara hasilkan gambar pasport Malaysia dengan hanya gunakan telefon

27 Januari 2023
Netflix cari cara hentikan perkongsian akaun, mahu pengguna membayar lebih

Lebih 100 juta isi rumah dikesan kongsi akaun Netflix, bayaran akan dikenakan tak lama lagi

20 Januari 2023
Video tular penganut Kristian di Sabah/Sarawak bantah gabungan GPS & PN adalah PALSU

Video tular penganut Kristian di Sabah/Sarawak bantah gabungan GPS & PN adalah PALSU

22 November 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER