• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini maklumbalas TikTok tentang kandungan hasutan kaum

  • OLEH Najib
  • 11:15 am
  • 23/11/2022
  • Komen
Ini maklumbalas TikTok tentang kandungan hasutan kaum
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, kami ada melaporkan bahawa kandungan berbaur perkauman dan hasutan telah meningkat naik di TikTok. Ia masih terjadi walaupun pada bulan Oktober lepas, TikTok memaklumkan bahawa mereka tidak akan membenarkan sebarang pengiklanan berkaitan politik di platform TikTok, sebelum PRU15 berlangsung.

Kini, TikTok telah memberi kenyataan mereka tentang masalah ini kepada kami. Kenyataan tersebut di dalam Bahasa Inggeris dan kami terjemahkan seperti ini:



“Di TikTok, kami memiliki sifar toleransi terhadap sebarang bentuk ucapan kebencian dan keganasan ekstrem. Memandangkan ia berkaitan dengan kandungan 13 Mei, kami segera mengeluarkan video yang melanggar Garis Panduan Komuniti kami. Kami akan terus berwaspada dan akan mengeluarkan secepat mungkin sebarang kandungan yang melanggar peraturan, termasuk video, audio, strim langsung, imej, ulasan, pautan atau teks lain,” tulis wakil TikTok.

Turut ditambah, menjelang pilihanraya, TikTok sentiasa berhubung dengan pihak berkuassa berkaitan termasuk SKMM berkenaan akaun yang terlibat melanggar peraturan atau berulang kali membuat kesalahan. TikTok juga meminta supaya ahli komuniti untuk menggunakan fungsi laporan di dalam aplikasi jika ternampak kandungan yang merbahaya. Untuk melakukannya, tekan lama pada video dan butang ‘Report’ akan terpapar untuk membuat laporan.



Rakan kami, Dzamira turut bertanyakan tentang tentang kandungan berbayar di TikTok yang sepatutnya perlu melepasi tapisan pengedali atau pengawal. Tetapi mereka membalas dengan jawapan ringkas tanpa menerangkan bagaimana video berbayar tersebut diluluskan.

Menurut sumber yang rapat dengan perkara ini, kandungan hasutan kaum dan politik ini kekal di TikTok kerana ia tidak menyebut dengan jelas hasutannya dan bercerita secara samar-samar, bukan secara terus. Walaupun kandungan tersebut dengan jelas menunjukkan senjata dan melaungkan “Hidup Melayu”.

https://twitter.com/PDRMsia/status/1594672978897567744

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memberi peringatan kepada pengguna media sosial untuk tidak memuat naik kandungan yang menyentuh sentimen perkauman atau keagamaan dan menghina Institusi Diraja. Sesiapa yang cuba menimbulkan situasi mengancam keselamatan dan ketenteraman awam, boleh diambil tindakan tegas di bawah undang-undang AKM 1998, Akta Hasutan dan Kanun Keseksaan.

[Gambar: @prvtbutnotso]

Bacaan Berkaitan

  • TikTok tiada masalah dengan kebanyakan kandungan 13 Mei
  • Selepas PRU15, medan TikTok kini kebanjiran kandungan benci kaum. Adakah moderatornya tidur?
  • PRU15: Media arus perdana melapor awal tentang lantikan PM dan bagaimana mereka tersilap
Tags: PRU15TikTok
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Ini maklumbalas TikTok tentang kandungan hasutan kaum

Ini maklumbalas TikTok tentang kandungan hasutan kaum

23 November 2022
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN