• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TV OLED pertama Samsung tiba di Malaysia, Soundbar percuma bernilai RM2,599 untuk pembeli terawal

  • OLEH Najib
  • 3:19 pm
  • 23/11/2022
  • Komen
TV OLED pertama Samsung tiba di Malaysia, Soundbar percuma bernilai RM2,599 untuk pembeli terawal
Share on FacebookShare on Twitter

Selama ni kita sering dengar TV Samsung jenis QLED, kini Samsung Malaysia mengumumkan TV baru mereka dari jenis OLED. Ia juga dikatakan adalah TV OLED pertama keluaran Samsung, tetapi harganya tidaklah murah.

Untuk TV OLED ini, Samsung memperkenal dua saiz iaitu 55-inci dan 65-inci. Harga rasminya di Malaysia adalah seperti berikut:



  • Samsung OLED QA55S95BAKXXM 55″ – RM10,499
  • Samsung OLED QA65S95BAKXXM 65″ – RM14,499

Tambah RM4,000 untuk saiz 10-inci lebih besar. Tetapi jika anda berminat memilikinya, Samsung telah membuka tempahan awal di mana hadiah percuma bernilai RM2,599 diberikan iaitu Soundbar HW-Q600B.

Samsung Soundbar HW-Q600B ini boleh berhubung secara wayarles menerusi Bluetooth, dan ia menawarkan sistem bunyi 3.1.2 bersama teknologi Dolby Atmos dan DTS:X. Tempahan awal ini dimaklumkan akan dihantar mulai 17 Disember 2022. Pemasangan asas bernilai RM150 turut diberikan percuma.



Spesifikasi TV OLED Samsung S95B

Panel OLED sudah sering ditemui di peranti seperti telefon pintar, tablet serta model baru laptop. Untuk TV, banyak jenama lain sudah lama menawarkannya. OLED menawarkan warna yang lebih cerah, lebih bertenaga serta warna hitam yang lebih gelap kerana setiap satu piksel boleh dipadamkan sendiri.

Menurut Samsung, TV OLED 4K S95B ini diikitraf HDR10+ dengan 8.3 juta piksel bercahaya, menawarkan warna hitam yang mendalam, putih yang bersih dan rona warna serba hidup untuk hasil yang tepat, asli dan cerah berbanding TV OLED biasa. Ia dikuasakan Pemproses Samsung Neural Quantum 4K, yang memastikan kecerahan dan kontras warna skrin terkawal menggunakan kecerdasan pintar. Pemproses AI terbina di dalam juga membantu menaikkan skala kandungan bukan 4K, kepada kualiti tinggi defisini 4K.

Kadar penyegaran TV OLED Samsung ini dimaklumkan mencecah 120Hz untuk memenuhi keperluan permainan video, serta empat sambungan HDMI 2.1. Tetapi dari helaian spesifikasi, kadar penyegaran ditulis hanya 100Hz, mungkin 120Hz dicapai secara naik skala digital menerusi fungsi Motion Xcelerator Turbo+.

Badan yang ramping dan nipis di TV OLED ini, setebal cuma 7.5mm di bahagian ternipis dan pembesar suaranya terletak di atas, dikuasakan sistem Dolby Atmos. Menurut Samsung, sistem bunyi Dolby Atmos dikuasakan secara fizikal menerusi berbilang speaker di sekeliling TV untuk menghasilkan bunyi umpama panggung wayang. Terdapat empat speaker di atas dan sisi TV, malah anda boleh menaik taraf pengalaman bunyi ini melalui Samsung Q-Symphony dengan bersambung secara wayarles kepada Samsung Soundbar.

Sistem operasi Samsung Tizen OS menjalankan operasi TV OLED ini dan ia menyokong pelbagai aplikasi strim video popular seperti Netflix, YouTube, Disney+, Prime Video dan Apple TV. Ia turut menyokong arahan suara Bixydan boleh dihubungkan kepada pelbagai peralatan pintar Samsung di rumah menerusi SmartThings. Malah, dengan peranti Samsung atau Android yang serasi, ia juga boleh bersambung secara wayarles menerusi DeX dan mengaktifkan sokongan berbilang paparan untuk menonton kandungan di peranti dan TV yang sama secara serentak.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk TV OLED Samsung 4K S95B.

Tags: samsungSamsung S95BTV OLED Samsung
Najib

Najib

POPULAR

TV OLED pertama Samsung tiba di Malaysia, Soundbar percuma bernilai RM2,599 untuk pembeli terawal

TV OLED pertama Samsung tiba di Malaysia, Soundbar percuma bernilai RM2,599 untuk pembeli terawal

23 November 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER