• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

500 juta data pengguna WhatsApp didagang, lebih 11 juta daripada Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:55 pm
  • 27/11/2022
  • Komen
Telegram terima 70 juta pendaftaran baru ketika WhatsApp tergendala
Share on FacebookShare on Twitter

Sebanyak hampir 500 juta nombor telefon pengguna aktif WhatsApp didakwa sedang didagangkan di satu portal dalam talian, termasuklah data pengguna WhatsApp dari Malaysia. Seperti yang dilaporkan Cybernews, nombor telefon yang cuba dijual adalah pengkalan data yang mengandungi data pengguna daripada 84 negara dan 487 juta nombor telefon.

Daripada tangkap layar yang dikongsikan sebanyak lebih 11.6 juta nombor telefon tersebut adalah pengguna Malaysia. Nombor telefon yang paling banyak adalah datangnya daripada tiga negara iaitu Mesir, Itali, dan A.S masing-masing 44.8 juta, 35.6 juta, dan 32.3 juta.



Bercakap mengenai harga, apabila dihubungi oleh Cybernews, penggodam mengatakan yang mereka menjual data-data itu pada harga yang berbeza. Contohnya pengkalan data A.S dijual pada harga USD7,000, U.K pada harga USD2,500 manakala Jerman pada USD2,000.

Jutaan nombor telefon ini jika jatuh ke dalam tangan yang tidak bertanggungjawab boleh disalah guna seperti melakukan panggilan telefon untuk menipu. Kelebihan menggunakan data ini berbanding menekan nombor telefon secara rawak adalah nombor daripada WhatsApp adalah yang dipastikan aktif dan ia pastinya menjimatkan masa si penipu.



Tidaklah dapat dipastikan bagaimanakah pihak ini berjaya memperoleh data-data ini. Spekulasi ada mengatakan yang kaedah scrapping adalah yang paling berpotensi. Dalam satu insiden yang hampir serupa yang kami laporkan dalam bulan April 2021 lalu, Facebook mengakui yang lebih 500 juta data peribadi penggunanya tertiris, bukan disebabkan godam sebaliknya “dikikis” daripada pelayan mereka.

Sumber: Cybernews, @jeewang85

Tags: keselamatanwhatsapp
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Telegram terima 70 juta pendaftaran baru ketika WhatsApp tergendala

500 juta data pengguna WhatsApp didagang, lebih 11 juta daripada Malaysia

27 November 2022
Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

Poco C81 Pro, telefon bajet skrin besar 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, dari RM389

25 May 2026
Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

Caj tol Genting Highlands akan bermula 28 Mei, ini kadar anda perlu bayar

26 May 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

Honor Magic V6 Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan hadiah bernilai RM3,797

26 May 2026
Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

Acer umum laptop Nitro 16 baharu dengan Ryzen 9, serta konsol penstriman Nitro Blaze Link

31 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN