Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 14 Apr, 2021

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Facebook salahkan pengguna untuk isu ketirisan 500 juta data peribadi

Dalam satu siaran media, Facebook memaklumkan bahawa mereka ambil maklum tentang dakwaan kebocoran maklumat peribadi lebih 530 juta penggunannya. Pengguna Malaysia turut terlibat dalam insiden itu apabila dilaporkan lebih 11 juta daripada jumlah itu datangnya daripada negara kita.

Lebih 11 juta data pengguna Facebook di Malaysia bocor, ia termasuk nombor telefon dan lokasi – SoyaCincau.com

Mereka turut memaklumkan yang pihak mereka tidak mampu menghalang perkara yang sama berulang kambali sebaliknya menyerahkan kepada pengguna untuk memastikan akaun mereka selamat. Facebook sarankan pengguna supaya mengemas kini fungsi “How People Find and Contact You” serta lakukan Privacy Checkups secara berkala.

Dalam siaran media yang sama, Facebook menerangkan jenis data yang dipercayai jatu ke tangan pihak yang tak bertanggung jawab. Data yang dicuri ialah data sebelum September 2019 dan kaedah mendapatkannya bukanlah secara hacking sebaliknya secara scraping.

Scraping ialah taktik biasa digunakan untuk memungut data awam dengan memanfaatkan bot dan ia menjelaskan bagaimana ratusan juta data boleh dihimpunkan. Ia berpunca daripada pihak ketiga yang menyalahgunakan ciri How People Find and Contact You untuk memancing data.

Namun, Facebook sudahpun menampal kelemahan ciri itu sejak September 2019.

Sumber: Facebook