• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp benarkan pengguna mesej diri sendiri, apa manfaatnya?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:07 pm
  • 29/11/2022
  • Komen
WhatsApp benarkan pengguna mesej diri sendiri, apa manfaatnya?
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah tak anda guna WhatsApp untuk simpan nota? Contohnya seperti senarai barang yang perlu dibeli di kedai. Untuk mudah merujuknya, anda hantar mesej tersebut pada ahli keluarga atau kawan rapat. Perkara ini memang membantu, tapi adakalanya ia mengganggu jika penerima sering terima mesej yang tiada kaitan dengan mereka. Jika anda sering gunakan WhatsApp untuk tujuan tersebut, kini WhatsApp ada menyediakan penyelesaian mudah untuk anda.

WhatsApp telah perkenalkan ciri baru yang membolehkan anda hantar mesej kepada diri sendiri. Dipanggil Message Yourself, ciri ini sedang dilancarkan secara global kepada pengguna iOS dan Android. Sebaik sahaja anda terima kemaskini, anda akan dapat lihat diri anda di bahagian atas senarai kenalan apabila membuat mesej baharu.



Sumber

Manfaat ciri ini ialah, anda boleh hantar nota, peringatan, senarai beli-belah dan apa sahaja ingatan kepada diri sendiri. Anda juga boleh pin mesej tersebut di bahagian atas senarai perbualan untuk akses yang lebih cepat. Jadi, anda tak perlulah scroll satu per satu perbualan lain apabila nak rujuknya semula.

Alternatif Message Yourself

Platform saingan WhatsApp iaitu Signal sudah lama menyediakan ciri seakan sama, ia dipanggil Note to Self. Namun di sana, Note to Self tidak tersedia di bahagian atas senarai kenalan. Sebaliknya, ia tersembunyi di dalam senarai kenalan. Maka anda perlu taip Note to Self untuk mesej diri sendiri.



Note to Self juga boleh digunakan untuk pelbagai perkara sama seperti di WhastApp. Selain taip mesej, saya juga boleh simpan lokasi serta audio untuk rujukan semula.

Telegram juga ada ciri yang serupa dengan Message Yourself, ia dipanggil Saved Messages. Anda boleh simpan sebarang nota di dalamnya dan ia juga boleh dipinkan supaya anda dapat akses mesej tersebut dengan cepat. Untuk mula gunakannya, anda cuma perlu cari Saved Messages pada bahagian menu.

[Sumber: Engadget]

Tags: whatsapp
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

WhatsApp benarkan pengguna mesej diri sendiri, apa manfaatnya?

WhatsApp benarkan pengguna mesej diri sendiri, apa manfaatnya?

29 November 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN