• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp kata berita kebocoran nombor telefon pungguna adalah tidak benar

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:25 pm
  • 29/11/2022
  • Komen
WhatsApp sedang menyediakan sokongan panggilan audio dan video di komputer
Share on FacebookShare on Twitter

Tempoh hari kami ada laporkan tentang dakwaan kebocoran hampir 500 juta nombor telefon pengguna aktif WhatsApp termasuklah lebih 11 jutanya daripada Malaysia. Berita terbaharu tentang isu ini adalah, salah seorang jurucakap Meta, pemilik kepada WhatsApp mengatakan yang cemaan itu adalah tidak benar.

Tambah Meta juga, laporan itu adalah bersifat “spekulatif” berdasarkan “tangkap layar yang tidak diketahui kesahihannya”. Di pihak Meta, mereka tidak menemui sebarang bukti tentang apa-apa kebocoran data di dalam sistem mereka.



Menurut Meta, nombor telefon digunakan dalam banyak platform permesejan dan ada banyak cara untuk berolehnya selain daripada WhatsApp.

Buat yang terlepas berita, portal dalam talian Cybernews ada melaporkan tentang dakwaan kebocoran nombor telefon pengguna aktif WhatsApp daripada 84 negara termasuklah Malaysia.



Mesir adalah negara yang katanya paling banyak data didalam kebocoran itu (45 juta) diikuti Italy dengan 36 juta.

Sekiranya kebocoran benar-benar terjadi, jutaan nombor telefon ini jika jatuh ke dalam tangan yang tidak bertanggungjawab boleh disalah guna seperti melakukan panggilan telefon untuk menipu. Kelebihan menggunakan data ini berbanding menekan nombor telefon secara rawak adalah nombor daripada WhatsApp adalah yang dipastikan aktif dan ia pastinya menjimatkan masa si penipu.

Tidaklah dapat dipastikan bagaimanakah pihak ini berjaya memperoleh data-data ini. Spekulasi ada mengatakan yang kaedah scrapping adalah yang paling berpotensi. Dalam satu insiden yang hampir serupa yang kami laporkan dalam bulan April 2021 lalu, Facebook mengakui yang lebih 500 juta data peribadi penggunanya tertiris, bukan disebabkan godam sebaliknya “dikikis” daripada pelayan mereka.

Sumber: SCMP

Tags: keselamatanwhatsapp
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
WhatsApp sedang menyediakan sokongan panggilan audio dan video di komputer

WhatsApp kata berita kebocoran nombor telefon pungguna adalah tidak benar

29 November 2022
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER