• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor X9a 5G mahu pecahkan tradisi kuno siri X dan huruf ‘a’

  • OLEH Najib
  • 2:00 pm
  • 01/12/2022
  • Komen
Honor X9a 5G mahu pecahkan tradisi kuno siri X dan huruf ‘a’
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun tahun 2022 berbaki sebulan lagi, Honor Malaysia nampaknya tidak mahu meninggalkan pengakhiran yang sunyi. Tidak lama lagi, mereka mahu melancarkan satu lagi telefon pintar yang nampaknya agak menarik. Digelar Honor X9a 5G.

Telefon ini boleh dikatakan ahli ketiga dalam siri Honor X9. Pada awal tahun ini, Honor telah melancarkan Honor X9 dan Honor X9 5G di Malaysia. Biasanya, tambahan ‘a’ digunakan untuk telefon yang lebih rendah tarafnya. Tetapi bagi Honor X9a 5G, ia mungkin berbeza.



Ia kerana Honor X9a 5G akan menggunakan skrin OLED yang dikatakan ultra kukuh dan melengkung di kedua belah sisi. Sedangkan Honor X9 dan Honor X9 5G, masih menggunakan skrin LCD. Pasti telefon dengan skrin OLED diletakkan taraf lebih tinggi berbanding telefon yang menggunakan skrin LCD. Tetapi ia masih belum boleh disahkan.

Buat masa ini, Honor Malaysia hanya berkongsi rupa belakang telefon Honor X9a 5G dan ia sangat serupa dengan Honor X9 dan Honor X9 5G. Untuk rujukan, Honor X9 dikuasakan cip Snapdragon 680 manakala versi 5G menggunakan cip Snapdragon 695. RAM pula 8GB dan storan dalaman 128GB.



Honor X9 5G

Jika benar Honor X9a 5G adalah peranti lebih hebat, pasti ia akan dibekalkan sekurang-kurangnya kuasa Snapdragon 695 atau lebih lagi. Tetapi jangan lupa, harganya juga mesti lebih mahal nanti. Kalau Honor X9 5G dilancarkan pada harga RM1,299, mungkin Honor X9a 5G yang lebih hebat akan dijual mencecah RM1,500.

Malaysia pasaran pertama Honor X9a?

Tambah menarik, Malaysia mungkin adalah pasaran pertama Honor X9a 5G dilancar kerana tiada maklumat dapat ditemui di mana-mana. Semakan di Honor China pula mendapati, model yang ada skrin OLED melengkung dan ultra kukuh adalah Honor X40 5G, yang baru dilancar pada September 2022.

Untuk Honor X40 5G di China, ia menggunakan cip Snapdragon 695 dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Skrinnya jenis OLED seluas 6.67-inci HD Penuh 120hz dan melengkung di sisi. Pengimbas capjari ada di dalam skrin.

Kamera belakang hanya ada dua, iaitu kamera utama 50MP F1.8 dan kamera potret 2MP. Kamera hadapannya 8MP, terletak di dalam lubang kecil di dahi skrin. Bateri 5,100mAh dan menyokong pengecasan pantas 40W USB-C.

Harganya pula dari serendah CNY1,499 (~RM934) dengan RAM 6GB dan storan 128GB, CNY1,699 (~RM1,059) untuk RAM 8GB dan storan 128GB, serta paling mahal yang ada RAM 12GB dan storan 256GB berharga CNY2,299 (~RM1,433). Memang nampak lebih murah berbanding Honor X9 5G, tetapi Honor X40 ini mungkin bukan telefon yang sama dengan Honor X9a kelak.

Nantikan maklumat lanjut daripada kami apabila Honor mengumumkan lebih banyak tentang Honor X9a kelak.

Bacaan Berkaitan

  • Honor X9 5G, Honor X8 & Honor X7: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Honor X8 ditambah 5G, korban banyak perkara untuk kekal harga bawah RM1,000
  • Honor Magic Vs: Pesaing terhebat Galaxy Z Fold4
Tags: honorHonor X40Honor X9a
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Honor X9a 5G mahu pecahkan tradisi kuno siri X dan huruf ‘a’

Honor X9a 5G mahu pecahkan tradisi kuno siri X dan huruf ‘a’

1 December 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER