• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PMX arah tender 5G yang dianugerahkan kepada DNB dikaji semula

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:00 pm
  • 05/12/2022
  • Komen
PMX arah tender 5G yang dianugerahkan kepada DNB dikaji semula
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan kakitangan pentadbirannya mengkaji semula pemberian tender 5G yang dianugerahkan kepada Digital Nasional Berhad (DNB). Menurut beliau, penganugerahan itu tidak dilakukan secara telus.

Buat anda yang terlepas berita, DNB adalah syarikat yang bertanggungjawab menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan 5G di Malaysia kepada telco melalui model Rangkaian Borong Tunggal (SWN). Ia menyebabkan telco sedia ada tidak boleh membangunkan infrastruktur sendiri dan perlu membayar DNB untuk akses 5G.



Model SWN sewaktu diumumkan dulu, telah menimbulkan ketidaksenangan dalam kalangan telco dan pemain industri lain. Misalnya, harga borong untuk akses telco yang diletakkan pada RM30,000/bulan untuk setiap Gbps dan ditambat pula pada kontrak 10 tahun.

Menurut kerajaan terdahulu, tiada satu sen pun dikeluarkan pihak kerajaan sebaliknya dana swasta sepenuhnya digunakan untuk projek ini. Kos keseluruhan projek 5G ini dianggarkan sebanyak RM16.5 billion untuk tempoh 0 tahun iaitu RM12.5 billion untuk infrastruktur dan RM4 billion lagi untuk penggajian kakitangan.



DNB tidak menepati jadual

Seperti yang diumumkan tahun sudah, DNB mensasarkan untuk menyediakan perkhidmatan 5G kepada 40% kawasan berpenduduk sebelum 2022 tamat dan 80% kawasan berpenduduk sebelum 2024 tamat. Berdasarkan garis masa DNB, mereka sebenarnya terlewat kerana hanya berjaya membina 1,915 pemancar daripada 4,018 yang dirancang, malahan 5G masih tiada liputan di Sabah & Sarawak.

Buat masa ini, 5 daripada 6 telco utama negara telah menandatangani perjanjian akses 5G dengan DNB iaitu YTL Communications, TM, Celcom, dan Digi sementara Maxis masih belum. Yang telah menandatangani perjanjian akses masing-masing telah diberikan pegangan saham yang berjumlah 65% manakala baki 35% dipegang oleh Kementerian Kewangan.

DNB wujud selepas Langkah Sheraton

Sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan yang diterajui Dr. Mahathir, Malaysia sudah bersiap sedia untuk mulakan projek 5G melalaui kaedah konsortium. Pelan tersebut hancur selepas Langkah Sheraton dalam bulan Februari 2020. Model SWN diperkenal sewaktu pentabiran Muhyiddin Yassin dan beliau sendiri memberi amaran sekiranya SWN lumpuh, kerajaan akan menanggung akibat yang besar.

Misalnya, dilaporkan yang lebih 100 kontrak telah ditandatangi oleh DNB dan sebarang pelanggaran kontrak tentu sekali ada akibatnya.

Tags: 5gDNBpmx
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

PMX arah tender 5G yang dianugerahkan kepada DNB dikaji semula

PMX arah tender 5G yang dianugerahkan kepada DNB dikaji semula

5 December 2022
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN