• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ZTE Axon 40 Ultra versi Taikonaut tampil dengan RAM 18GB, storan 1TB dan beberapa perubahan lain

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:54 pm
  • 05/12/2022
  • Komen
ZTE Axon 40 Ultra versi Taikonaut tampil dengan RAM 18GB, storan 1TB dan beberapa perubahan lain
Share on FacebookShare on Twitter

Untuk tahun 2022, telefon flagship daripada ZTE adalah ZTE Axon 40 Ultra. Ia mula dijual dalam bulan Jun 2022 yang lalu. Sebagai penyudah tahuni ni, ZTE telah mengemas kini penawaran siri itu dengan pelancaran edisi istimewa kepada Axon 40 Ultra yang dipanggil ZTE Axon 40 Ultra Taikonaut.

Buat makluman anda, Taikonaut adalah kata nama khas yang merujuk kepada angkasawan China, sama seperti Astronaut untuk Amerika Syarikat dan Cosmonaut untuk Russia.



Berbalik kepada ZTE Axon 40 Ultra Taikonaut ini, ia kini hadir dalam versi RAM dan storan 18GB + 1TB. Ia adalah satu naik taraf daripada kapasiti maksimum 12GB + 512GB yang ditawarkan sewaktu awal pelancarannya. Di Malaysia, salah satu telefon yang dilengkapi RAM 18GB adalah ROG Phone 6 Pro yang boleh anda dapatkan pada harga RM4,999.

Lagi bahagian yang ditambah baik adalah pengecasan. Walaupun ia masih kekalkan tangki bateri berkapasiti 5,000mAh, sistem pengecasannya kini mampu menampung pengecas 80W berbanding sebelum ini 65W. Kemudian, kemasa belakang kini menggunakan materi seramik yang lebih teguh.



Disebabkan ia adalah edisi istimewa, pengeluarnya turut mempakejkannya dalam kotak yang ekslusif.

Lain-lain bahagian nampaknya masih dikekalkan. Telefon ini ada panel paparan 6.8” beresolusi FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz daripada jenis AMOLED. Atas papan utama, telefon ini diperkasa SoC Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1.

Di bahagian kamera, Axon 40 Ultra Taikonaut dilengkapi konfigurasi trikamera belakang, semuanya menggunakan sensor 64MP yang terbahagi kepada kamera utama, kamera ultralebar, dan kamera telefoto. Selfie diambil menggunakan kamera 16MP. Di China, ZTE Axon 40 Ultra Taikonaut dijual pada harga seperti berikut:

  • RAM 12GB + storan 512GB – RMB5,900 (RM3,706)
  • RAM 18GB + storan 1TB – RMB7,700 (RM4,830)

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

ZTE Blade A52 Lite, telefon 64GB paling murah di Malaysia dengan jaminan 18-bulan

ZTE Blade V40 Vita, telefon dengan bateri dan skrin besar di bawah RM600

Celcom dan ZTE naik taraf 100 tapak 4G di Sabah dan Sarawak dengan spektrum 900MHz

Tags: telefonZTEzte axon 40zte axon 40 ultrazte axon 40 ultra taikonaut
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

ZTE Axon 40 Ultra versi Taikonaut tampil dengan RAM 18GB, storan 1TB dan beberapa perubahan lain

ZTE Axon 40 Ultra versi Taikonaut tampil dengan RAM 18GB, storan 1TB dan beberapa perubahan lain

5 December 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
YTL perkenal ILMUchat Pro bersama ciri baharu, akses percuma untuk pengguna Yes

YTL perkenal ILMUchat Pro bersama ciri baharu, akses percuma untuk pengguna Yes

25 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN