• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tempah awal iQoo 11 untuk peluang menang hadiah berjumlah RM30,000

  • OLEH Najib
  • 10:51 am
  • 06/12/2022
  • Komen
Tempah awal iQoo 11 untuk peluang menang hadiah berjumlah RM30,000
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas Nothing, saya boleh berikan telefon kedua paling kuat digembar-gembarkan khabar tentang kedatangannya adalah iQoo. Jenama di bawah Vivo ini memfokuskan kepada telefon pintar gaming dan ia akan dilancarkan buat pertama kali di Malaysia tidak lama lagi, selepas beberapa bulan memberi petunjuk.

Perancangan awal pelancaran iQoo 11 sebenarnya ditetapkan pada 2 Disember 2022. Tetapi kematian bekas presiden China, Jiang Zemin membuatkan banyak syarikat daripada China berkabung dan menghentikan buat seketika aktiviti mereka. Ini termasuk Vivo dan iQoo.



Tarikh pelancaran dan tempahan awal

Kini, iQoo Malaysia mengesahkan bahawa mereka akan mengadakan majlis pelancaran pertama pada hari Khamis, 8 Disember 2022 pukul 8 malam. Acara ini akan diadakan atas talian, menerusi Facebook dan TikTok. iQoo juga menyatakan bahawa mereka telah memilih Lazada dan Shopee sebagai rakan dagang rasmi.

Peranti pertama iQoo yang akan dilancarkan di Malaysia adalah iQoo 11. Bagi memeriahkan pelancaran ini, iQoo telah membuka tempahan awal iQoo 11 menerusi pembelian kotak misteri berharga RM100. Di dalam kotak misteri ini terkandung rantai kunci iQoo edisi terhad, baucar RM100 yang boleh digunakan untuk membeli telefon iQoo 11 dan tiket cabutan bertuah. Cabutan bertuah ini menyediakan hadiah berjumlah RM30,000 dan salah satu darinya adalah telefon iQoo 11 sendiri. Tempahan awal ini dibuka di Stor Online Vivo Malaysia, dari 5 hingga 8 Disember 2022.



Jangkaan Harga

Tentang harga telefon ini, sukar untuk dijangka kerana ia masih belum dilancar di mana-mana. Malaysia akan menjadi pasaran pertama ia dilancar, serentak bersama pasaran China. Ditambah lagi, ini adalah telefon pintar pertama dikuasakan cip terbaru, Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 dilancar di Malaysia.

Ramalan kami, harganya mungkin di antara RM2,500 ke RM3,000.

Spesifikasi iQoo 11

Telefon ini boleh dipanggil sebagai telefon gaming paling berkuasa untuk tahun 2022. Ini kerana ia menggunakan cip terbaru Snapdragon 8 Gen 2, naik taraf daripada cip Snapdragon 8 Gen 1. Perkakas dalamannya masih belum diketahui, sekurang-kurangnya ia akan menggunakan RAM LPDDR 5 dan storan dalaman UFS 3.1.

Perkara lain yang telah dikongsi iQoo adalah tentang skrin. iQoo 11 menggunakan paparan AMOLED E6 dengan resolusi 2K dan kadar penyegaran sehingga 144Hz. Dari gambar yang dimuat naik, kelihatan skrin ini melengkung di sisi dan memiliki lubang kecil di dahi untuk ruang kamera hadapan.

Gambar belakang telefon ini juga sudah jelas diketahui. Ia akan menggunakan kemasan kulit tiruan dan dilengkapi tiga kamera belakang. Bagaimanapun, spesifikasi kamera ini masih belum diketahui, melainkan pada label Ultra Sensing dan 1.88-2.46/16-50 ASPH. Ini menandakan, ia akan ada kamera telefoto dengan keupayaan zum 3x.

Di Malaysia, iQoo dijangka akan melancarkan telefon pintar iQoo 11 edisi BMW M Motorsport. Edisi ini menggunakan tema putih sebagai warna utama dan dihiasi tiga jalur warna merah hitam biru BMW di belakang.

Maklumat lanjut pasti akan diketahui pada hari pelancarannya kelak. Nantikan laporan kami tidak lama lagi.

[Sumber: iQoo]

Bacaan Berkaitan

  • Telefon berkuasa Snapdragon 8 Gen 2 dan BMW M adalah telefon pertama iQoo di Malaysia
  • iQoo 10 Pro, telefon gaming setaraf Black Shark 5 & ROG Phone 6 akan datang ke Malaysia?
  • Vivo lancar iQoo sebagai telefon pintar gaming kelas premium
Tags: iQooiQoo 11Snapdragon 8 Gen 2
Najib

Najib

POPULAR

Tempah awal iQoo 11 untuk peluang menang hadiah berjumlah RM30,000

Tempah awal iQoo 11 untuk peluang menang hadiah berjumlah RM30,000

6 December 2022
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN