• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Yes 5G bakal bawa masuk NVIDIA GeForce Now untuk gamer di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:47 am
  • 07/12/2022
  • Komen
Yes 5G bakal bawa masuk NVIDIA GeForce Now untuk gamer di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Yes 5g, telco pertama Malaysia yang tawarkan perkhidmatan 5G sekali lagi ingin jadi yang pertama. Kali ini mereka ingin membawakan perkhidmatan permainan awan (cloud gaming) kepada pengguna di Malaysia. Mereka sudahpun membuka laman pendaftaran minat tanpa memberitahu bilakah ia akan mula ditawarkan.

Sumber

Buat anda yang telepas berita, NVIDIA GeForce Now adalah perkhidmatan cloud gaming. Dalam bahasa mudahnya, anda boleh anggapnya seperti Netflix, tetapi untuk permainan video. Dengan GeForce Now, anda tak perlukan komputer ataupun mesin berspesifikasi tinggi untuk bermain kerana tugasan berat telah dibereskan oleh Nvidia.



Yang anda perlukan adalah panel paparan dan alat kawalan untuk memberi input.

Secara teorinya, sebarang komputer, tablet, ataupun boleh memainkan permainan AAA tanpa masalah. Cabaran terbesar servis Cloud Gaming adalah ia memerlukan sambungan Internet yang stabil dan berlatensi rendah. Ia jadi lebih penting kalau anda bermain permainan dalam talian bersama-sama orang lain secara masa nyata kerana anda perlukan latensi serendah mungkin.



Agaknya itulah yang ingin diketengahkan oleh Yes 5G, sambungan Internet berkelajuan tinggi pada latensi rendah dan lebih baik, ia mudah dibawa kemana-mana.

Untuk maklumat tambahan, pasaran terdekat dengan Malaysia yang tawarkan GeForce NOW adalah Singapura dan ia ditawarkan pada harga serendah SGD2.99/hari (RM9.68).

Tags: cloud gamingGeForce NowNvidianvidia geforce now
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Yes 5G bakal bawa masuk NVIDIA GeForce Now untuk gamer di Malaysia

Yes 5G bakal bawa masuk NVIDIA GeForce Now untuk gamer di Malaysia

7 December 2022
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

5 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN