• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Naik taraf SiC di Kia EV6 dan Hyundai Ioniq 5 akan beri jarak perjalanan lebih jauh dan pengecasan lebih cepat

  • OLEH Najib
  • 9:34 am
  • 12/12/2022
  • Komen
Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?
Share on FacebookShare on Twitter

Hyundai Motor Group menaungi beberapa jenama kenderaan di bawahnya. Antara jenama tersebut adalah Hyundai sendiri, Kia dan Genesis Motor. Kerana itu, tidak mengejutkan apabila beberapa kenderaan elektrik (EV) mereka, berkongsi banyak aspek seperti Kia EV6 dan Hyundai Ioniq 5.

Tidak lama lagi, empat model EV di bawah Hyundai Motor Group akan menerima naik taraf perkakas yang akan meningkatkan jarak perjalanan, prestasi serta pengecasan lebih pantas. Ia adalah model yang dibina berasaskan platform E-GMP iaitu Hyundai Ioniq 5, Hyundai Ioniq 6, Kia EV6 dan Genesis GV60.



Naik taraf tersebut adalah modul kuasa Silikon. Ia akan digantikan dengan unit Silikon-Karbida (SiC) generasi ketiga yang dihasilkan oleh syarikat STMicroelectronics. Ini akan memberikan ketumpatan kuasa dan kecekapan tenaga terhebat, menghasilkan prestasi kenderaan, jarak perjalanan dan masa pengecasan yang lebih baik.

Sumber

Modul kuasa SiC oleh STMicroelectronics ini dihasilkan di Catania, Italy. Ia akan menyokong fungsi seperti voltan pengecas sehingga 1,200V, penyejukan cecair secara terus, dan pilihan berbilang busbas untuk pengeluar EV.



Sebelum ini, EV yang dibina berasaskan E-GMP menggunakan unit kuasa SiC 800V untuk penyongsang motor belakang, tetapi penyongsang motor hadapan menggunakan modul kuasa Silikon 400V. Jadi, jika hanya motor hadapan yang dinaik taraf ke modul kuasa baru kerana motor belakang telah sedia menggunakan modul kuasa SiC, maka model EV yang dinaik taraf adalah jenis pacuan semua-roda sahaja.

Di Malaysia, varian pacuan semua-roda yang telah dijual di sini adalah Kia EV6 GT-Line (berharga RM300,668) dan Hyundai Ioniq 5 Max (berharga RM 270,408). Kia EV6 GT-Line ada jarak perjalanan sejauh 506km dan mengecas dari 10%-80% sepantas 18 minit dengan pengecas DC 350kW. Manakala Hyundai Ioniq 5 Max dinyatakan memiliki jarak perjalanan sehingga 430km dan mengecas dari 10%-80% sepantas 18 minit juga dengan pengecas DC 350kW.

Memandangkan kedua-dua model Kia EV6 GT-Line dan Hyundai Ioniq 5 Max adalah model pemasangan diimport sepenuhnya (CBU), maka tidak mustahil kita boleh melihat varian yang dinaik taraf ini akan dibawa ke Malaysia dengan lebih cepat. Kami telah menghubungi Sime Darby Motors dan Bermaz Auto untuk maklumat lanjut.

[Sumber: Insideevss]

Bacaan Berkaitan

  • Hyundai bangun platform kereta elektrik dan teknologi bateri sendiri untuk percepat penghasilan EV
  • Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?
  • Kereta berjenama Kia & Hyundai tertentu boleh dicuri dengan kabel USB sahaja
Tags: Hyundaihyundai ioniq 5kiaKia EV6
Najib

Najib

POPULAR

Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?

Naik taraf SiC di Kia EV6 dan Hyundai Ioniq 5 akan beri jarak perjalanan lebih jauh dan pengecasan lebih cepat

12 December 2022
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN