• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Bola “mimpi” akan digunakan untuk tiga perlawanan akhir Piala Dunia 2022, apa yang menarik tentangnya?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:17 pm
  • 13/12/2022
  • Komen
Bola “mimpi” akan digunakan untuk tiga perlawanan akhir Piala Dunia 2022, apa yang menarik tentangnya?
Share on FacebookShare on Twitter

Bola sepak Piala Dunia 2022 kini menghampiri penghujung. Tinggal 4 pasukan sahaja yang di dalam gelanggang untuk merebut kejuaraan paling berprestij dalam sukan bola sepak. Dua perlawanan separuh akhir akan berlangsung masing-masing pada 14 dan 15 Disember 2022 pada jam 3 pagi, satu Argentina vs. Croatia dan satu lagi Perancis vs. Maghribi

Buat sesiapa sahaja yang melangkah ke perlawanan akhir, tahukah anda yang bola khas akan digunakan sewaktu perlawanan itu. Buat yang masih tak tahu, sejak Piala Dunia 2006 (Jerman), sebanyak dua bola rasmi digunakan. Bola rasmi pertama akan digunakan disepanjang kejohanan kecuali perlawanan akhir dan tempat ketiga.



Al Rihlah (kiri) dan Al Hilm (kanan)

Dalam kes Piala Dunia 2022 (Qatar) bola rasmi yang digunakan ialah Al Rihla (perjalanan) dan bola kedua ialah Al Hilm (mimpi). Mungkin mimpi merujuk kepada impian setiap pasukan untuk mengangkat piala kejohanan.

Sebenarnya, kedua-dua bola ini adalah sama kecuali pada bahagian warna. Al Rihla menerima skema warna putih dan biru manakala Al Hilm diwarna ungu kemerahan dengan emas.



Apa yang menarik?

Kalau tiada beza antara dua bola ini, bahagian apakah yang menarik? Pertama, menurut perekanya, ini adalah bola Piala Dunia paling pantas dan jitu setakat ini. Kemudian buat pertama kali dalam sejarah penganjuran Piala Dunia, bola ini didalamnya ada komponen elektronik sebagai pengesan pergerakkan dan ia dibangunkan oleh Kinexon.

Komponen ini tergantung di dalam bola, di bahagian tengah dan ia terdiri daripada dua sensor iaitu:

  • Sensor ultra-wideband
  • Sensor pencerap inersia
Bola sedang dicas

Sensor pertama digunakan untuk menjejak kedudukan bola di dalam ruang 3D menggunakan gelombang radio. Juga untuk mengesan kedudukan bola adalah kamera Hawk-Eye, sistem pengimejan yang dibangunkan Sony.

Bila kedudukan bola diketahui, mereka boleh juga ketahui sama ada bola itu disentuh kaki pemain ataupun tidak, menggunakan sensor inersia. Bola ini menghantar bacaan kepada pusat kawalan pada kadar 500 kali sesaat.

Kemudian data daripada ketiga-tiga sumber ini akan diselaraskan dengan jam khas pada kejituan serendah 0.0000001 saat bagi memastikan tiada ralat berlaku sewaktu pengiraan. Maka dengan itu, bolehlah mereka mengesan pemain yang offsaid dengan tepat.

Sumber: Al-Jazeera, FiveThirtyEight

Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Bola “mimpi” akan digunakan untuk tiga perlawanan akhir Piala Dunia 2022, apa yang menarik tentangnya?

Bola “mimpi” akan digunakan untuk tiga perlawanan akhir Piala Dunia 2022, apa yang menarik tentangnya?

13 December 2022
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN