• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi Mini PC: Desktop bersaiz tapak tangan dengan spesifikasi mantap

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:42 pm
  • 13/12/2022
  • Komen
Xiaomi Mini PC: Desktop bersaiz tapak tangan dengan spesifikasi mantap
Share on FacebookShare on Twitter

Bersama-sama dengan siri Xiaomi 13, pengeluar telefon itu juga melancarkan beberapa produk lain yang salah satu daripadanya adalah sebuah Mini PC. Khabar angin tentang pelancarannya telahpun bertiup terlebih dahulu dan kami pernah laporkannya.

Nama barat produk ini masih belum ada dan sekiranya terjemahan langsung dibuat, ia berbunyi seperti Xiaomi Host Mini. Untuk kemudahan, kita akan merujuknya sebagai Xiaomi Mini PC sehinggalah nama rasmi untuk pasaran luar diumumkan.



Xiaomi Mini PC diperkasa CPU Intel Core i5-1240P. Ia adalah CPU 12 teras yang mengguna pakai seni bina teras heterologous iaitu gabungan kluster teras berprestasi tinggi dan cekap tenaga. Tiada sebarang naik taraf boleh dilakukan kerana cip itu telah dipateri ke atas papan utama. Yang boleh dinaik taraf adalah modul RAM, sekirany perlu boleh dinaik taraf daripada 16GB sedia ada kepada maksimum 64GB.

Begitu juga dengan storan. Xiaomi sediakan 512GB menerusi modul M.2 NVME tapi boleh digantikan dengan variasi lebih besar sehingga 1TB. Menariknya tentang produk ini adalah ia sangat menyerupai produk Intel NUC. Malahan taburan port I/O juga sama.



Atas Xiaomi Mini PC, bawah Intel NUC (sumber)

Di sekeliling komputer ini, ada beberapa port I/O disediakan bagi memudahkan penyambungan aksesori yang lain. Anda terima:

  • 4 x USB-A
  • 2 x USB-C (Thunderbolt 4)
  • 2 HDMI
  • Jek Audio 3.5mm
  • Ethernet 2.5Gbps

Memang komputer ini tidak mampu menggalas tugasan berat seperti bermainan permainan AAA, tapi pengguna boleh memanfaatkan port Thunderbolt 4 yang ada padanya dengan cara menyambungkannya pada eGPU, lantas mengubah mesin kompak ini menjadi mesin gaming yang berkuasa tinggi.

Xiaomi Mini PC dijual pada harga RMB3,699 (RM2,350). Setakat ini produk ini cuma tersedia untuk pasaran China sahaja tanpa sebarang info sama ada ia akan tiba ke dalam pasaran Malaysia ataupun tidak.

Ramai yang membandingkannya dengan Mac Mini. Kalau anda pergi ke halaman Apple, Mac Mini yang memiliki RAM 16GB dan storan 1TB dijual pada tanda harga RM4,599. Tapi perlu diingatkan yang cip M1 di atas papan utama Mac Mini ini adalah jenis ARM 5nm dan bukannya kategori X86-64 10nm kategori yang Intel Core i5-1240P berada.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

Xiaomi 13: Bila bukan Pro lebih baik kejadiannya

Xiaomi 13 Pro: SD8 Gen.2 dan semua yang terbaik anda inginkan

Tags: desktopkomputerxiaomixiaomi mini pc
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Xiaomi Mini PC: Desktop bersaiz tapak tangan dengan spesifikasi mantap

Xiaomi Mini PC: Desktop bersaiz tapak tangan dengan spesifikasi mantap

13 December 2022
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

Infinix Smart 20e, telefon bajet RM549 dengan skrin 120Hz dan penarafan IP64

8 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN