• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Xiaomi 13 Pro: SD8 Gen.2 dan semua yang terbaik anda inginkan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:16 am
  • 13/12/2022
  • Komen
Xiaomi 13 Pro: SD8 Gen.2 dan semua yang terbaik anda inginkan
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah pelancarannya ditangguh tempoh hari, Xiaomi akhirnya mengumumkan siri Xiaomi 13 iaitu flagship terbaharu mereka untuk tahun 2023. Setakat ini ia cuma ditawarkan untuk pasaran China dan anda boleh jangkakan keberadaannya dalam pasaran luar China seawal tahun 2023.

Xiaomi 13 Pro kelihatan dibangunkan menggunakan asas Xiaomi 12 Pro. Di bahagian muka, telefon ini dilengkapi panel paparan 6.73” OLED 120Hz dengan resolusi 1440×3200. Tapi menurut Xiaomi, paparan kali ini lebih terang apabila boleh pergi setinggi 1900 nits jika diperlukan.



Antara yang menarik tentang telefon ini adalah ia antara pertama yang menjalankan sistem operasi MIUI 14 berasaskan Android 13.

Atas papan utama, telefon ini diperkasa SoC Snapdragon 8 Gen 2 bersama-sama kombinasi RAM+ Storan sama ada 8+128, 8+256, 12+256, ataupun 12+512. Dikhabarkan yang varian 256GB dan keatas mengguna pakai storan jenis UFS4.0. Jadi, jangkakan prestasi yang lebih baik berbanding varian 128GB.



Di bahagian kamera, Xiaomi 13 Pro mewarisi komponen kamera utama daripada 12 Ultra. Anda boleh temukan kamera utama 50.3MP yang mengguna pakai sensor 1”. Dua lagi kamera yang berdampingan dengan kamera utama adalah kamera telefoto 50MP yang berikan zum optikal sejauh 3.2 kali dan satu lagi adalah kamera ultralebar yang juga menggunakan sensor 50MP.

Satu lagi komponen dari 12 Ultra yang diterima 13 Pro adalah kamera selfie 32MP.

Membekalkan tenaga pada telefon ini adalah bateri berkapasiti 4,820mAh dengan sistem pengecasan pantas setinggi 120W melalui penyambungan fizikal. Apabila mengecas secara wayarles, pengecasan berlaku pada kadar 50W dan ia juga boleh mengecas peranti lain secara wayarles pada paras 10W.

Buat masa ini, Xiaomi 13 Pro hanya boleh didapati dalam pasaran China pada harga seperti berikut:

  • RAM 8GB + Storan 128GB – CNY4,999 (RM3,164)
  • RAM 8GB + Storan 256GB – CNY5,399 (RM3,417)
  • RAM 12GB + Storan 256GB – CNY5,799 (RM3,670)
  • RAM 12GB + Storan 512GB – CNY6,299 (RM3,987)

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: androidtelefonxiaomixiaomi 13xiaomi 13 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

POPULAR

Teknik fotografi long exposure jadi mudah dengan Samsung Galaxy S23 Ultra

Teknik fotografi long exposure jadi mudah dengan Samsung Galaxy S23 Ultra

27 April 2023
Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2023: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

10 Januari 2023
iOS 17: Adakah iPhone anda layak menerimanya? Semak senarai ini

iOS 17: Adakah iPhone anda layak menerimanya? Semak senarai ini

6 Jun 2023
Xiaomi 13 Pro: SD8 Gen.2 dan semua yang terbaik anda inginkan

Xiaomi 13 Pro: SD8 Gen.2 dan semua yang terbaik anda inginkan

13 Disember 2022
MOHE dan UK tandatangani MoU untuk perkukuh kerjasama bidang pendidikan tinggi, tarik pelajar UK ke Malaysia dan pertingkat ekonomi negara

MOHE dan UK tandatangani MoU untuk perkukuh kerjasama bidang pendidikan tinggi, tarik pelajar UK ke Malaysia dan pertingkat ekonomi negara

12 Mei 2023
Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

Tiada momen yang terlepas daripada lensa Galaxy S23 Ultra, ini sebabnya

27 Mei 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER