• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bayar ikut penggunaan tenaga dan lesen akan diwajibkan di stesen pengecas EV

  • OLEH Najib
  • 5:15 pm
  • 14/12/2022
  • Komen
Bayar ikut penggunaan tenaga dan lesen akan diwajibkan di stesen pengecas EV
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi memastikan pembangunan stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) yang selamat dan mematuhi piawaian keselamatan tertinggi, Suruhanjaya Tenaga (ST) telah menerbitkan dokumen rujukan kepada semua pihak yang berkepentingan mengenai keperluan teknikal dan syarat kawal selia untuk pembangunan infrastruktur EV.

Selain itu, stesen pengecas EV (EVCS) perlu mendapatkan lesen pengagihan awam daripada Suruhanjaya Tenaga untuk mematuhi panduan yang telah dikeluarkan bagi menjamin keselamatan awam.



Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, YB Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad hari ini telah melancarkan Stesen Pengecas EV Bangi Golf Resort dan menyerahkan Lesen Pengagihan Awam EVCS, oleh Suruhanjaya Tenaga kepada Syarikat EV Connection Sdn. Bhd.

Dalam panduan yang disediakan ST, terdapat tiga jenis sambungan pengecas EV yang dibenarkan diguna di Malaysia. Ia adalah pengecas AC Type-2, pengecas DC Combo CCS Type 2 dan pengecas DC CHAdeMO.



Manakala untuk jenis pengecas, Mode 1 yang menggunakan sambungan terus ke kenderaan daripada palam kuasa dinding di rumah, adalah tidak dibenarkan. Ini kerana ia tidak memiliki fungsi berhenti mengecas automatik apabila telah penuh dicas. Malah, ia tidak memenuhi peraturan minimum keselamatan.

Jenis pengecas yang dibenarkan dipasang di EVCS di Malaysia adalah jenis Mode 2 dan Mode 3 dengan penyambung Type-2. Manakala untuk Mode 4, sambungan jenis CCS Type-2 dan CHAdeMO adalah dibenarkan.

EVCS Bangi Golf Resort

Ini adalah EVCS kedua yang menerima lesen pengagihan awam daripada ST dan ia dibangunkan dengan kerjasama Gentari Sdn Bhd (anak Syarikat Petronas) dan EV Connection Sdn Bhd. Salah satu perkara penting apabila menerima lesen ini adalah, pengusaha boleh mengenakan kadar beradasarkan kuasa kWh yang digunakan, berbanding masa seperti yang terdapat di EVCS lain.

Lebih baik lagi, Gentari menggunakan sistem pengecas Kempower dengan kuasa keseluruhan berjumlah 200kW. Ia adalah stesen pengecas dinamik, yang membolehkan satu stesen berkongsi kuasa pengecas sehingga berbilang tahap iaitu DC 120kW, AC22kW dan AC 7kW, serentak dengan empat EV.

Dalam pelancaran ini, Gentari mengumumkan bahawa kadar mengecas DC yang dikenakan adalah RM1 bagi setiap kWh mengecas. Untuk perbandingan, EVCS Gentari di X Park Sunway Serena mengenakan kadar RM1.20/kWh untuk DC 350kW, RM1.00/kWh bagi DC 180kW dan RM0.55/kWh untuk pengecas AC.

Dari kira-kira yang kami laporkan sebelum ini, harga EVCS berdasarkan penggunaan tenaga adalah lebih jimat berbanding berasaskan masa. Anda boleh menyemak laporan kami di sini.

Bacaan Berkaitan

  • Gentari lancar Pengecas Awam 350kW pertama di Asia Tenggara, bayar ikut kadar tenaga
  • Mengecas EV di Malaysia: Manakah lebih murah, bayar ikut kWh ataupun masa?
  • Stesen EV 350kW Gentari di X Park Sunway Serene kini beroperasi pada kapasiti penuh
Tags: EVEVCSGentariNik Nazmi
Najib

Najib

POPULAR

Bayar ikut penggunaan tenaga dan lesen akan diwajibkan di stesen pengecas EV

Bayar ikut penggunaan tenaga dan lesen akan diwajibkan di stesen pengecas EV

14 December 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER